Wednesday 25 April 2012

TUTORIAL : Semak kaliti telefon bimbit anda


Setiap kali kita beli handphone, adakala kita tak tau macam mana agaknya kualiti handphone yang kita pakai. Kadang-kadang ada jenama dan mahal, tapi selalu jer rosak, tapi kadang-kadang ada yang murah tapi tahan lama gila. Betul tak? Kali ni edy nak kongsi dengan korang cara-cara macam mana nak tahu kualiti handphone milik kita. Penting tau!


Caranya ada edy sediakan kat bawah ni okey. Ikut arahan tu dan lepas tu korang akan tahu kualiti handphone korang okey. Selamat mencuba.



RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

SAMSUNG GALAXY Y IS THE BEST

hello semua ...lame nyer x update entri kat blog nie...sori sibuk sikit nak uruskan itu ini...
anda semua apa khabar semoga berada dalam keadaan sihat sejahtea...ok laa,entri kali nie nur nak cter sikit pasal gadjet SAMSUNG GALAXY young....
sebab per nak tulis artikel nie? sebab Nur tengah giler nak dapatkan samsung nie :)


yeah..cube tengok tu..
cantik slim and kemas design die :)
memang nur tengah mengidam nk fon nie...kene kumpul duit la nie :)..hehehe
 lagi satu.. galaxy young nie sesuai sangant untuk para remaja gunakan :)
x percaya ? cube anda lihat rakan2 yang pakai fon nie..mesti nmpak simple tapi ade factor WOWW

KLIK sini untuk lihat samsung galaxy y ini :) SAMSUNG GALAXY Y


nie adelah ri2 samsung GALAXY Y..harga die pon da x mahal  dalam rm 450 jer :)
harap2 dalam mase terdekat nie boleh la beli...
ok itu jer nur nak tulis 
kalu ade sesiapa tau fon nie jual murah..bagatu tau :)
sekian


Monday 23 April 2012

20000 pelawat dalam 3 bulan

Hello semua :) apa khabar?
Nur harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..
hari nie tetibe rase exited sangat sebagai newbie in dunia Blogger..SEBAB APE?
sebab hari nie genaplah Nur berblog selama 3 bulan :)
apa yang buat Nur exited adelah pageviews...alhamdulillah ramai yang tolong baca segala artikel nie..
terima kasih daun keladi kalau sudi jemput lagi :)
and nur harap lepas nie makin ramai lak followers Nur sehingga 150 followers :)
enjoys.....



Sunday 22 April 2012

Bersihnya


yeah anda semua nmapak kan kat gambar tu die tulis ape 'CLEAN'
hehehe...
mesti semua da terfikit 'ape jadah nur nie buat'
hehe..sebenarnya hari nie nur dah GOTONG ROYONG kwasan rumah..
pergh penat sangat2...mule-mule kene buat kawasan luar pastu,kene kemas bilik...

heheh.mase kemas bilik nie la aq CLEAN kan btol2..sekali kemas punye kemas,
macam-macam khazanah keluar,pen la,duit la, sampah...hehehehe..
sampai terbersin-bersin x tau dek gatal...
bile tngk bilik dah kemas,hati pon riang...
suke giler.hehehe

selain kebersihan bilik,kita juga perlu menjaga kebersihan diri agar
kesihatan kita terjamin :)
bila badan sihat..minda pon cerdas..
Nur sediakan beberapa tips untuk kebersihan diri...
diharap semua readers ikut tau tips nie ...

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI 

1. Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)
2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit
3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) / buang sampah di tempat yang dikhaskan (tong sampah).
4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan.
5. Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut/selipar.


Saturday 21 April 2012

hujan meteor 21 dan 22 april 2012


Malam nie Nur nak Tidur lewat Coz Nur nak tngk kejadian yang Allah ciptakan ini :)

Hujan Meteor Lyrid 21 Dan 22 April 2012 | Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada korang untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.
Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk korang menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.
Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam !!!.


Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana ia dikatakan berasal dari buruj Lyra (The Lyre) yang boleh dilihat di langit  pada waktu malam semasa pertengahan April selama sekurang-kurangnya 2,500 tahun.



Wednesday 11 April 2012

TERKINI :gambar pantai di sekitar MALAYSIA dan thailand

salam malam nie Nur akan sentiasa UPDATE mengenai gempa BUmi yang berkemungkinan menyebabkan Tsunami :
di bawah merupakan antara gambar pantai di sekitar MALAYSIA dan thailand...
kesemua pantai airnya surut dan kemungkinan airnya sedang DISEDUT dan bila2 sahaja tsunami akan berlaku






video tsunami 2012 : AIR LAUT DITARIK...

tsunami 2012



AIR LAUT PERLAHAN2 DITARIK....
tapi x dapat dipastikan kesahihannya.....DI HARAP PEMBACA  mengambil ini sebagai satu peringatan

KEPADA SEMUA BANYAKKAN BERDOA......
YA ALLAH SELAMATKAN LAH KAMI SEMUA YA ALLAH.....


."بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم".


Antara negara2 yang terkena tempias gegaran di Acheh jam 4.45 petang (Waktu Malaysia) tadi.

Indonesia
India
Sri Lanka
Australia
Myanmar
Thailand
Maldives
United Kingdom
MALAYSIA
Mauritius
Reunion
Seychelles
Pakistan Somalia
Oman
Madgascar
Iran
UAE
Yemen
Comores
Bangladesh
Tanzania
Mozambique
Kenya
Crozet Islands
South Africa
Singapore

#Di Malaysia kemungkinan Tsunami berlaku di Georgetown (P.Pinang), Port Dickson (N.Sembilan), dan di kawasan2 berhampiran pantai yg lain.

pada sesiapa yang ada sedara mara kat negara dan pantai atas ni ..calling-calling la yer..

GEMPA BUMI MENGGEGARKAN ASIA 11 APRIL 2012

gempa bumi

gambar jalan raya di ACEH


gambar terbaru di pantai phuket....




salam semua...Nur disini nak Update artikel mengenai GEMPA BUMI yang melanda ASIA
termasuk Malaysia pada hari nie...
gempa buni yang kuat berukuran 8.9 skala ritcher telah menggegarkan lautan indonesia iaitu di ACHEH pada hari nie pada jam 5.00 petang...
Kawasan sekitar juga turut merasai gegaran..
di Asia MALAYSIA merupakan satu satunya negara yang bebas daripada lingkaran gempa bumi jadi bersyukurlah....

Nur dapat info,Malaysia juga turut merasai gegaran gempa bumi tersebut di kawasan utara tanah air iaitu PENANG,KUALA LUMPUR,KEDAH,PERLIS dan juga TERENGGANU...
menurut rakan FB nur,die turut merasai gegaran tersebut semasa die berada dalam kereta bersama keluarganya....

AMARAN tsunami turut dikeluarkan di negara SRI LANKA,INDONESIA, dan negara sekitar
semua penduduk diminta berpindah bagi mengelakkan apa apa yang buruk berlaku..



Marilah kita semua berdoa kepada Allah agar dijauhkan segala malapetaka dan berikan kita peluang untuk bertaubat kepadanya..
sila komen dan share artikel ini jika ianya bermanfaat kepada anda
sekian...

anda perlu baca ini :FACEBOOK DI SANTAU

Tuesday 10 April 2012

facebook telah di santau..

facebook di santau

SALAM 1 MALAYSIA kepada semua reades...
hahaa...hari nie nur nak bawakan satu lagi info yang perlu kita semua tahu.jika anda berasa tidak setuju dengan artikel ini sila komen yer...
kalu nak copy boleh..TAPI jangan lupa kreditkan kepada NUR balik

harap kawan-kawan nur khususnya SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU boleh komen untuk sokong cerita nur ini...

baiklah,dalam zaman serba canggih dan moden ini,pasti kita sudah mengikis kepercayaan kita terhadap ILMU HITAM kerana zaman semakin maju.TETEPI tahukah anda bahawa ILMU HITAM ini masih boleh dijalankan dan ianya mengikuti arus teknologi hari nie...

Nur cuma nak bagitau yang FACEBOOK boleh menyebarkan SANTAU kepada penggunanya.
maksud Nur disini santau itu akan dihantar oleh seseorang kepada mangsanya melalui FB...die akan menggunakan gambar2 yang diupload oleh mangsa sebagai bahan untuk santau.
saya mempunyai bukti mengenai santau di FB ...perkara ini berlaku kepada adek cikgu saya..

yang pergi tak akan kembali


hai semua ...hri nie Nur x tau nak buat per,so nur buatlah entri mengenai kawan2 nie...
ok..nampak macam ahli korporat tak gambar Nur kat atas tu? 
hehehe...kalu korang nak tau,10 orang kat atas tu merupakan team aku dalam Music department batch 
07 ~ 11
kami semua merupakan keluaran SEKOLAH SENI MALAYSIA yang PERTAMA
mesti korang pelik kan kenapa laki 2 oang manakala perempuan 8 orang..eheheh
nak tau sebab per?
sebab yang amik music tu jer kat sekolah ^^
ngee,,jangan marah tau nanti cepat tua..









dari kiri : najwa, fiona, khalilah atiqah, maisara, quizer aliff, nur faizuddin, wanie, syahda, diana , adda
ok , memang susah nak kawal dak pempuan nie kalu kuantiti mereka melebihi lelaki...macam kene jaga lembu yang ragut ruput...asyik2 hilang jer.hahaha
kalu ade show kat mane2,dak pempuan nie akan jadi MAK ANDAM...hahaah
make up sampai 30 minit...hehehehe

ok laa...2 jer nak Nur tulis,semuanya hanya tinggal kenangan...yang penting zaman persekolahan amat seronok dan jangan persiakannya ^^
salam


Monday 9 April 2012

BENAR : kepala mayat ini menjadi cenderamata...

pelik tapi benar

salam semua ,Nur hari nie nak kongsi cikit ILMU yang ade dalam diri Nur bersama anda...
di haraap anda semua dapat Info dan Maklumat berguna ini sebagai pengetahuan dalam diri anda.
enjoy my artikel ^^
kalu nak share or copy2...boleh tapii jangan lupa Kreditkan ke Nur tau :)

pernah tak anda tahu bahawa kepala kita boleh mengecut hingga menjadi sebesar bola besbol??
Nur dapat tahu informasi ini dari majalah INFINITI...dalam majalah tu semuanya pasal sains dan al - quaran
memang best and seronok bile baca.. ^^

maybe gambar yang nur nak tunjukkan nie boleh buat korang terkejut jadi bersedialah :)
gambar yang Nur paparkan ini merupakan kepala manusia sebenar yang telah mati kemudian di kerat dan dikecilkan menjadi saiz sebesar bola bebol...kepercayaan kepala ini di amalkan oleh PUAK JIVARO...
mereka melakukan perkara ini kerana ingin menjadikan cenderahati kepada pengunjung dan nilai kepala nie mempunyai harga yang tinggi

Melalui pembacaan Nur,kulit kepala ini akan disiat menampakkan tengkorak kemudian akan direbus dalam air berwarna purple yang mengandungi herba selama 2 jam...
apabila di angkat,saiz kepala tadi mengecut dan kulit itu di jahit semula....
yang paling Nur Hairan,macam mane tengkorak itu boleh mengecil....sebenarnya PUAK JIVARO ini mempunyai herba2 yang unik yang digunakan dalam perubatan mereka....




diharap artikel ini mampu memberi anda semua info mengenai PUAK JIVARO yang pelik ini..
sekian








Sunday 8 April 2012

bangunlah.....aku takut nie O.o

ASSALAMUALAIKUM semua,tengah buat ape tu?....
diharap anda semua ceria selalu sambil menikmati hari minggu yang best nie..
baiklah hari nie Nur nak share sikit Pengalaman Nur sewaktu Nur pergi berkursus ke KELANTAN..
Cerita yang akan Nur sampaikan adelah MEMANG TERJADI PADA DIRI NUR  sendiri...
ingat ! walaupon Zaman semakin canggih,jangan di Lupa pada Makhluk yang lain.

baiklah.Nur nak Share ngan readers semua mengenai kisah seram yang telah meninpa diri Nur pada tahun 2010.
Ceritanya bermula....
pada tahun 2010,Nur bersama 4 orang rakan Nur telah pergi ke KELANTAN untuk menghadiri satu bengkel WAYANG KULIT di sana.
setibanya kami semua di KELANTAN,guru pengiring kami terus mencari rumah penginapan untuk kami bermalam selama 2 malam.jadi,cari punye cari,akhirnya jumpa satu rumah nie..kami pon pilih rumah tu untuk kami menginap...Masuk ke rumah tersebut kami telah memilih untuk masuk ke bilik tingkat atas..bukak jer pintu,bau hapak menusuk hidung.adui...memang dah lama x sentuh bilik tu.dah la panas,apa yg aku perasan dalam bilik tu ade Almari dan Kipas,kawan2 Nur nie mereka GILE sikit..masuk2 jer trus bukak itu ni...
mcam xde Hormat...

pastu cikgu Nur pon mintak tukar bilik coz panas...
Bilik yang kami duduk tu berada di bawah bilik yang kami naik mula2...
ok.bilik di bwah nie selesa cikit and x panas...

pada malamnyer,Nur and rakan2 kuar ke kedai ,balik ke rumah tumpangan pada jam 1 pagi,lalu kami semua pon tidur,mase nak tidur tu kami ley lagi wat lawak bodoh2..pastu trus tertidur
dalam jam 4 pagi,tetibe Nur tersedar dari tidur,bukan ape Nur terdengar bunyi yang ganjil...
nak tau x bunyi ape.....
bunyi tapak kaki berlari di rumah atas....
setahu Nur,tiada siapa yang duduk di rumah atas...
bunyi tapak kaki tu kuat sangat tapi bile Nur kejut kawan2 yg lain semua x bangun...
kenapa ea?..
maybe HANTU tu nak kacau Nur sorang jer kot...fuuh!!
nak menunggu subuh terasa lama sangat...NUR baca ayat kursi sambil menutup muka dengan selimut....
gangguan itu berlaku sehingga subuh....

esok paginya,Nur bagitau perkara yang melanda Nur kepada kawan2...dieorang semua x percaya...hurm...
susah nak meyakinkan orang yg x kene pada batang hidung sendiri nie...
akhirnya Nur simpan jer rahsia tu sorang2..

INGATLAH !! bahawa di muka bumi Allah nie pelbagai jenis makhluk Hidup ...
kita kene hormat antara satu sama lain and jangan ingat semua pantang larang dulu kala tu hanyalah gurauan..tetapi ade juga yang beNar...
sekian

Saturday 7 April 2012

awak..elok kita berbincang

hellO readers,tengah blogwalking ea.. :)
Nur doakan korang sumer temui ape yang dicari tu yer...
Malam nie Nur bosan same macam malam semalam dan disebabkan kebosanan itulah Nur teRAJIN cikit malam nie nak tulis satu artikel Cinta khusus untuk Pasangan berCINTA diluar sana.
anda juga kemungkinan meminati :
CINTA : kenapa awak x faham saya !!!!

Pengalaman Nur dalam Dunia berCINTA nie baru lagi..baru 5 tahun,and Alhamdulillah dapat bertahan dengan SI DIA ^^...
ok. malam nie Nur nak kongsikan sedikit tips-tips yang anda perlu tau untuk mengekalkan HUBUNGAN dengan seseorang.
diharap anda semua terhibur dengan artikel yang bakal dibaca oleh anda semua....JANGAN LUPA COMMENT tau ^^

ok untuk mengekalkan hubungan BAHAGIA antara pasangan,anda perlulah bersikap kontra dengan pasangan anda,seandainya pasangan anda yang jenis cepat melenting,anda perlu jadi yang penyabar. ^^
kalu tengah gaduh,salah seorang perlu mendiamkan diri dan menjadi pendengar yang kolektif
biarkan SI DIA luahkan apa yang terbuku di dalam hatinya...
dan kita perlu tahan telinga untuk mendengar ape yang diperkatakan ..hehehe

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari
Selain itu juga,anda berdua perlu selalu berinteraksi bagi mengetahui kehendak pasangan anda dari semasa ke semasa.Tanya isi hati dia adekah suka atau tak dengan cara kita melayani mereka.Dengan berinteraksi,anda dapat mengurangkan STRESS yang melanda serta menjadikan si dia tempat anda bergantung....

ok Nur rase cukup dulu Nur punya artikel malam nie...Nur harap ia merupakan tips yang useful untuk anda praktikkan dalam hubungan anda..kalu anda suka sila share and comment k :)
thanks ^^
sekian.

Kenapa awak tak faham saya


ASSALAMUALAIKUM hai kepada semua pembaca blog nur.
hari ni nur rase nur nak tulis mengenai LELAKI dan PEREMPUAN.aApe yang Nur bakal sampaikan adalah memalui pengalaman dan juga Fakta yang telah sahkan.
dan kebanyakan yang ditulis dalam artikel ini adelah hasil perkongsian ILMU dari my GF...^^ ok
Anda merupakan seorang pasangan bercinta?
pernah tak pasangan anda berkata :


SAYA
APABILA KITA (SELALUNYA lelaki) mendengar luahan pasangan (seperti di atas) kita kita berasa pelik,setahu kita,kita tak pernah wat sesuatu yang salah..TETAPI sebenarnya perempuan berkata sedemikian kerana mereka tidak dapat apa yang mereka mahu.FAKTA bagi seorang perempuan adalah mereka ini lebih suka berkias manakala FAKTA untuk lelaki pula lelaki jenis yang straight to the point.

sebagai contoh dalam satu bentuk situasi :

dalam satu perjalanan ke tempat yang agak jauh,di dalam kereta,satu pasangan sedang rancak berbual dan tetiba wanita itu bertanya

wanita : sayang,sayang nak minum COOLBLOG tak?                                                  lelaki   : xpelah,orang tak haus pun.

dalam keadaan sekelip mata,wanita itu terus berdiam diri dan membuatka lelaki itu hairan
dan wanita itu terus membisu sehingga ke tempat yang dituju

ok,sekarang anda faham tak ape yang ingin saya sampaikan,wanita tersebut bertanya mengenai air coolblog tetapi lelaki itu menjawab tidak..Memang kita tahu lelaki itu x haus tetapi sebenarnya yang mahukan air tersebut adelah wanita tadi.Sekarang dah jelas??

kepada pasangan yang sedang bercinta di luar sana,Nur nak bgtau selalu lah kongsikan perkara yang sepatutnya SI DIA ketahui bagi mengeratkan lagi hubungan anda... ok ??
ok,penat jari Nur menaip artikel nie..selepas nie nur akan buat sambungan dari part 1 nie dengan tajuk and isi yang lebih mendalam..Nur doakan semoga berbahagia di samping orang tersayang..selalulah bertolak ansur tau...
ok.sekian
kalu nak share pon boleh tapi jangan lupa creditkan ke NUR tau ^^

anda juga meminati :hormati sesama blogger

tutorial magnify gambar dalam facebook

Hai selamat pagi Semua readers Blog Nur...Ape khabar sihat ?
ok,pagi2 nie Nur tetibe terjumpa satu software yang best.die efek dekat Facebook jer.
mangnify kan gambar dan wat gambar tu lagi jelas bila cursor menyentuh...SMART..
anda boleh lihat contoh di bawah..HANYA KHAS UNTUK GOOGLE CHROME ^^
kalu nk share share lah...
tapi nanti letak credit pada Nur tau untuk rujukan kalu ade masalah


haaa..nampak x? untuk magnify gambar anda hanya perlu lalukan cursor di gambar ,nanti die ZOOOM..
anda juga boleh deactivate kalu anda rase bende tu menyemak macam sampah..hahaha..
untuk mendapatkan software tersebut anda boleh klik :
anda juga mendapatkan tutorial lain : tutorial tingkatkan signal WIFI

Friday 6 April 2012

hormati sesama blogger



salam buat semua readers blog saya ini...hurm hari ni nur rase bosan yang teramat sangat sebab tu lah hari nie jer dah ade 3 artikel yang nur buat.Artikel yang nur buat hari nie adelah 

Lebih banyak duit dengan GUSHCLOUD
tutorial tingkatkan signal wifi 
tutorial penggunaan iframe apesal.com

haha...ok Nur ade satu maklumat yang nur dapat mase blogwalking tadi.Mengenai KREDIT.
dalam dunia blog,semua blogger berebut2 untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapat tempat di hati pembaca.Itu merupakan persaingan yang sihat dan baik tetapi ade segelintir blogger tidak sebegitu.Memang tidak dapat dinafikan kita akan COPY artikel orang lain dan paste kat blog kita.TETAPI,sebagai seorang blogger yang berhemah,kita perlu meletakkan kredit kepada empunya blog.

KENAPA KITA PERLU BUAT ??

kerana dengan memberikan credit,secara tidak langsung kita dapat membantu blogger lain dan blog kita sendiri.Untuk pengetahuan anda,semakin anda banyak kreditkan link blog,maka semakin mudah untuk MR.GOOGLE menemui blog address kita kerana dalam blog kita itu mengandungi pelbagai link dan dalam kita tidak sedar,trafik blog kita akan meningkat dari hari ke hari.

Nur harap ape yang nur sampaikan nie dapat diterima oleh semua pihak..ingat kalu nak copy boleh..tapi lepas tu kreditkan kepada blog yang asal. tau..sebarkan cerita ini kepada blogger lain semoga ikatan antara blogger semakin kukuh dan meningkatkan tahap profesional blogger malaysia..

ADE SEBARANG CADANGAN boleh komen di bawah..
sekian terima kasih..

Lebih banyak duit dengan Gushcloud



GUSHCLOUD

Okay guys,hari ni Nur nak share sikit,,korang mesti tau kan apa itu SAYS dan Churpchurp,,kalau xtau google.hehe..says dan churp2 adalah ejen pengiklanan yang membayar kita.menggunakan platform facebook dan twitter..korang cuma share je..tapi hari ni..benda ni lagi panas dari pisang goreng panas.keke..iaitu gushcloud..okay apa tu gushcloud?

 gush cloud tu sama macam says dan juga churp2.TAPI..yang bezanya adalah,gushcloud digunakan seantero dunia.whole world okay..DAN..bayarannya bukan RM,tapi USD..LUMAYAN BUKAN ??

so ramai2 jom join.senang je

DAFTAR DENGAN KLIK LINK DIBAWAH :)


tutorial tingkatkan signal WIFI


Salam semua ^^
hari nie nur nak buat 1 tutorial yang mungkin berguna kepada pengguna wifi di luar sana yang kerap mengalami masalah capaian WIFI...

masalah capaian ini berlaku kerana signal yang diberikan kurang kuat ataupon tidak sampai.jadi dengan itu,saya ingin membantu anda di luar sana bagaimana untuk meningkatkan prestasi WIFI anda.

cara amat pelik tapi mungkin berkesan setelah dicuba... ini akan membuatkan signal wifi anda full & boleh digunakan pada jarak yang jauh berbanding jarak sebelum ini hanya beberapa meter sahaja..  tp ianya mungkin  berkesan & anda akan dpt tengok perbezaan dari  sebelum ini..TRY THIS ^^

ikut step dibawah k...tapi sebelum tu ,kalau mahukan peningkatannya,nur sarankan anda check sebelum dan selepas membuat tutorial ni terhadap capain wifi anda.

1.basuh tin minuman yg anda gunakan


2.buang picu.


3.potong bahagian yang bergaris



4.potong dibahagian tengah


5.gunakan apa-apa bahan yang boleh melekat seperti tanah liat


6.dah siap dan lihat hasilnya


semoga ia dapat membantu anda semua..
komen dan follow saya untuk ketahui rahsia internet 







tutorial penggunaan iframe apesal.com untuk tambahkan Hits


Assalamualaikum semua,hari nie aku nak buat satu turorial mengenai apesal.com
kepada newbie2 di luar sana.Apesal.com merupakan 1 tempat untuk kita mempromosikan artikel2 kita agar dibaca oleh readers dari seluruh pelusuk.
tutorial kali ini adelah mengenai iframe..
Didalam tutorial kali ini saya ingin menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan hits blog anda dan mengurangkan ratio dengan cara yang berkesan.



Jika anda login ke bahagian ahli (view post), anda akan dapati ada satu fungsi ditambah iaitu "share url". Ada boleh berkongsi url ini di FB anda dan juga twitter.


Pembaca akan dibawa ke artikel tersebut dan jika pembaca tersebut terus menggunakan iframe tersebut (walaupun telah dibawa ke blog lain) anda akan terus mendapat hits sebagai referral.

Diharapkan penggunaan iframe dapat digunakan secara maksimum oleh semua blogger. Terima kasih ye =)


selain apesal,com terdapat juga ohbelog.com dan gua.com untuk meningkatkan trafik blog
anda juga boleh pergi ke sini :tingkatkan trafik di ohbelog.com



aku pasti merinduimu.....


salam semua, ^^ dah sarapan@lunch@@dinner.....??ok laa..harap semua readers berada dalam keadaann sihat dan bahagia di samping orang yang tersayang...HAAAAA...
sebut pasal orang tersayang,hari ini aku nak bgtau kat korang semua yang MASE yang paling bermakna dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia adalah ZAMAN PERSEKOLAHAN


kenapa aku kate zaman sekolah merupakan mase paling best??
sebab dalam alam persekolahan itulah kita baru nak belajar berkawan dan sebagainya.
Antara perkara yang amat seronok yyang dilakukan sewaktu persekolahan adalah TACKLE AWEK..
hahaha..ini perkara yang selalu budak-budak sekolah buat...atau lebih dikenali sebagai CINTA MONYET..
pada waktu sebeginilah,sang arjuna akan mula pandai bermain kata-kata yang berbunga2 untuk menawan hati si Adinda..
mula-mula dah suka,lalu sebelah say HAI @ assalamualaikum
pastu bile dah minat,lalu sebelah senyum-senyum
dah macam kambiing tersengih jer...
paling penting,SI ARJUNA akan mula memberikan hadiah seperti coklat ker,bear ke...
sumpah kelakar bila teringat balik...(bercerita berdasarkan pengalaman)
paling yang x boleh tahan...BILA da kantoi ngan kawan2 heboh satu sekolah sampai cikgu2 wat spot check...siapa yang bercouple...
bile kene jer cam2,dalam mase yg terdekat semua wat bodoh jer..hahahaah


tapi tak semua cinta monyet tu PUTUS..ade yang cinta alam persekolahan berjaya ke JINJANG pelamin mcam cikgu aku...sumpah sweet giler..hahahHAHA
apepon....aku mula rindukan zaman persekolahan itu kembali..hurm...nak gelak2..
kalu nak tau lebih lanjut lagi..nantikan part 2..ok? 
sekian..




Thursday 5 April 2012

SULTANAH johor berjiwa rakyat !!


HAI semua...haa..ari nie penat sangat2..nie baru jer balik dari rumah coz tadi lepak kat rumah kawan.
malam JUMAAT nie aku nak tulis satu entri khas yang aku nak buat..benda nie bukan selalu terjadi kadang2 jer
artikel pasal sultanah JOHOR....
baginda petang tadi 5 april 2012 telah mencemar duli ke Kulaijaya sempena majlis penyampaian bungkusan kepada rakyat JOHOR terutama bagi keluarga yang kurang mampu serta golongn OKU dan anak-anak yatim.

Biasanya kalu kita sambut Burfday seseorang kita bagi hadiah..BETUL x?
tapi kali nie orang yg sambut burfday bg kita hadiah...semoga Allah lanjutkan usia Tuanku untuk memerintah negeri Johor darul Takzim ini.

ape yang aku suka sangat dengan kerabat diraja JOHOR ni adelah dari segi PROTOKOL.
ini kerana setiap kali sultan turun melawat daerah jajahannya baginda tidak begitu menitik beratkan protokol..sesiapa sahaja boleh bersalam dengan baginda.Guard2 tuanku pon x seketat mane. :) tuanku boleh bermesra dengn rakyat jelata serta boleh bergurau senda... INILAh baru raja berjiwa rakyat...



Majlis petang tadi juga telah diserikan dengn persembahan KERONCONG..sumpah sedap giler.Ini kerana keroncong juga merupakan muzik kegemaran kerabat di raja johor.hahaha....selain itu juga,HAZIQ dan FARHAN AF juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis penyerahan bungkusan tersebut...







ape pun, SAYA AMAT BERBANGGA MENJADI RAKYAT JOHOR.....SIAPA KAT SINI RAKYAT JOHOR ??? thumbs up....
sekian...