Tuesday 30 April 2013

VIDEO PR kantoi penipu

KANTOI ! Pakatan Rakyat Penipu ...Dakwat senang untuk dihilangkan


just for share  . . kadang-kadang naik meluat jugak bila xde isu nak timbulkan isu..
kemudian berbalik semula pada batang hidung sendiri . . 

Allah itu MAha Besar,Maha Mengetahui . . . siapa yang benar dan siapa yang Salah . . Kalu semua benda nak provoke , habis tu apa sahaja yang betul? . . 
lihat ini.. PAKATAN RAKYAT kantoi menipu . .

NURUL IZZAH KANTOI PENIPU DAKWAT KEKAL!! pusat pengundian awal dibuka jam 8.00 pagi tapi jam 7.55 pagi mereka dah boleh 'cuci dakwat kekal'?

Dan saya menyeru semua untuk melihat video ini, di mana demo untuk mengeluarkan dakwat kekal cuba dijalankan tetapi tidak berjaya.

watch this video : GEMPAR ! pr kantoi penipu

Shiseido Black Mask berharga Rm 1.50 PROMOSI !


hye guys.. ok hari nie nur nak promote sikit pasal 1 product ..iaitu mask shiseido . . .

Shiseido Blackhead Remover Mask sangat disarankan kerana berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.

Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat, menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah, juga menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.






sangat berkesan..kulit jadi licin selepas guna... ♥ PM untuk order dari saya
RM 1.50 per item hubungi admin di : https://www.facebook.com/ShiseidoBlackMaskMalaysia

Sunday 28 April 2013

Sejarah Skuad Johor Darul Takzim


anda minat bola sepak?  .. pasukan yang mana satu tu? . . haha itu sering di tanya oleh rakan2 yang fanatik mengenai bola.. liga super,liga perdana.piala FA dan sebagainya. namun pernahkah kita generasi muda hari ini mengetahui sejarah serta asal usul penubuhan kelab , pemain, dan  pencapaian skuad itu pada masa lampau?  ..

so.. hari nie nur nak cterkan sikit pasal sejarah bola sepak negeri Johor yang dikenali sebagai JOHOR FC kemudian ditukar menjadi JOHOR DARU: TAKZIM


Sejarah
Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).

Raul Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.

Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).





Rekod Kelab
1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
1994 Juara Piala FAM
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Kelab paling lama menyertai saingan Piala Malaysia sejak penampilan pertama mereka pada 2000


Page This is Larkin menggugat page sukan lain


hye  . . apa khabar semua, hari nie nur bersemangat sedikit nak menulis satu artikel yang PANAS untuk nur bagitau dekat semua orang.. tahukah anda kewujudan page sukan : THIS-is-LARKIN . page ini terlah berjaya menarik minat sebahagian besar penduduk JB dan sekitar kerana kewujudan page ini sedikit sebanyak telah membantu menyampaikan info tentang skuad bola sepak Johor Darul Takzim yang sedang meningkat naik . .

ini link facebook : THIS is LARKIN
apa kata kita ramai-ramai pergi serbu page tersebut sebab nur dapat tahu page tu memikat hati peminatnya . . walau apapun , MAJULAH sukan untuk negara kita iaitu MALAYSIA . 





Wednesday 24 April 2013

macam mana nak download cerita Running man


hye semua , erm .. nur nak tanya , sapa kat sini suke sangat tengok cerita korea?.. iaitu running man . .  hurm.. dah 3 , 4 hari nie nur rasa ketagih lak nak tengok cter nie.. tapi nur ada masalah sikit.. MACAM MANA NAK DOWNLOAD cerita nie . .
nur harap ade yang sudi membantu nur... sapa tolong nur nur akan bantu korang untuk dapatkan backlinks dari blog nur k . .  hehe
tolong tau . .
tinggalkan komen kalau boleh beserta link blog masing-masing .

Thierry Henry masuk Islam



Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.

“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
Sumber: http://www.froyoplus.com/thierry-henry-islam-adalah-agama-pilihan-terbaik/

PRU 13 - tunaikan tanggungjawab kita


Bahang serta debaran PRU-13 semakin dirasai di seluruh pelusuk tanah air,
setiap komponen parti telah mula menjalankan perang sarat dengan memulakan dengan perang poster dan berkempen secara besar-besaran di setiap tempat .

Pada nur ini merupakan satu suasana yang hebat kerana afmosfera Malaysia dipenuhi dengan warna-warna BIRU, HIJAU, Biru Muda dan sebagainnya. Proses penamaan calon sudah pun di buat pada 20 april lalu , Jadi sudah semestinya anda mengenali calon rakyat anda... Nur menyeru agar semua warga malaysia yang telah layak mengundi tunaikanlah kewajipan anda pada negara . keluarlah mengundi dan pilih pilihan anda .

Tuesday 23 April 2013

Jurugambar RTM meninggal dunia akibat pertengkaran politik

musim pilihan raya 13 merupakan isu yang paling hangat , namun dalam kehangatan itu , jangan jadikan politik sebagai sebab musabab untuk berpecah belah.. POLITIK ADALAH POLITK, SILATURRAHIM perlu DIJAGA, pesanan dari nur untuk semua :)

Ukhwah, seorang BN , seorang PAS. Tapi letak semua hal duniawi ditepi utk menguruskan jenazah saudara islam yang lain. Ye, ukhwah. Alhamdulillah.

Jenazah Jurugambar RTM yang meninggal awal pagi tadi akibat sakit jantung dan sebelum itu ada pertengkaran kecil dengan penyokong kecil sebuah parti politik. 

Al Fatihah.

Tips Kesihatan : Wanita Jangan pakai Bra Lebih 12 Jam


hello hello  . baru tadi nur blogwalking dekat laman web kesihatan tetibe nur terjumpa artikel yang sesuai untuk nur kongsikan bersama teman2 lain. jadikan ianya satu perkongsian ilmu untuk semua . Wanita jangan pakai bra lebih daripada 12 jam kerana ia akan mendatang kemudaratan pada payudara dada/ buah dada anda . . jom baca  . 

Wednesday 17 April 2013

Tips cinta : Wanita lena tidur selepas cium K____K lelaki


salam hello guys... ok hari nie nur nak update sikit pasal kesihatan . lagi2 pada yang sudah berumah tangga. hah nur nak tanya pada perempuan, malam2 tidur atas bantal ke atas lengan suami anda?
huhuu.. jom baca kat sini mengapa nur tanya macam tu



Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. 

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Tuesday 16 April 2013

Tips Cinta : tanda Cinta da semakin renggang


hye , apa yang nur tulis nie sebagai perkongsian k . kalu korang ada benda yang patut di tambah dalam artikel nie komen kat bawah tau...
kita sama2 berkongsi . .  btol kan.. sharing is caring

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR .

mungkin apa yang nur tulis nie ada betolnya... pengalaman mengajar kita untuk ketahui segalanya . .

♥ Malas angkat hp .
♥ Taip sms pun pendek2 saja .
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’ !
♥ Bagi alasan . 'awak nie terlalu baik untuk saya . saya tak layak untuk awak .'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” saja !
♥ Ada apa2 hal asyik cakap malas , malas , malasss saja .
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati .
♥ Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun . sebulan tak jumpa lagi bagus .
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia .
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan .
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita .
♥ Susah nak senyum atau gurau2 macam dulu .
♥ Dulu boleh sak bergayut b'jam2 . sekarang 5 minit pun susah . katanya hp cepat panas .



Monday 15 April 2013

Buli oh Buli


baru - baru ni kita semua dikejutkan dengan kes buli ketua tingkatan yang melaporkan kegiatan langgar disiplin sekolah rakan2nya pada guru sehingga dibelasah teruk oleh Lan TODAK katanya.. hahaha, kesian nur tengok ketua tingkatan tu, tak melawan langsung tapi itulah salah satu cara untuk mengelakkan hukuman keatasnya sebab bila melawan balik semua sekali bersalah... opss nampak x kat situ .

baru jer selesai kes yang tu , ni ada pulak kes baru kejadian buli juga tapi dekat Miri, sarawak. nur tak faham betul laa kat mentaliti rakyat Malaysia nak tau sebab apa?.. makin ditegur dan diberi peringatan makin dibuat dan semakin berleluasa... hye.. ingat bagus sangat ke hangpa nak buli orang lain.... bukan apa nasihat nur satu je... benda macam nie sampai ke besar tau, tak takut bila kat luar lagi besar jadinya , panggil geng bantai punya bantai.. MATI . . kan da jadi kes berat .


Kepada remaja di luar sana. Fikirlah secara rasional setiap perbuatan yang anda lakukan... setiap perbuatan ada BALASAN . .  yang kene buli, laporkan pada yang berkenaan.. ingat SAMPAI BILA MAHU DITINDAS .
ok tu jer la pesanan ringkas dari nur . bubye :D

Kembalilah Bungaku

just for share, kadang kala dengan cara sebegini nur dapat kongsikan apa yg nur rasa dan alami . . pesanan nur untuk pasangan couple-couple kat luar sana ,pliz! cintailah dan hargailah mereka , jangan dipersiakan peluang yang dimiliki ,kelak anda yang akan menyesali . enjoy


Kembalilah Bungaku
Hidupku ini umpama tiada erti
Kerna bungaku telah berubah hati
Melenyapkan keindahan cinta ini
Kini dihatinya bukan aku lagi

Kenanglah sayang, memori saat bersama
Kau selalu ada tika duka dan bahagia
Tapi kini, aku tempuhi sendiri
Tanpa dirimu Bunga yang ku damba

Aku rindukan senyummu
Aku perlukan kasihmu
Aku ingin terus setia berada disampingmu
Namun kini engkau diam membisu
Kau melupakanku dan pergi padanya

Katakanlah sayang apa yang kau inginkan
Walauku tahu diriku banyak kekurangan
Ku harap kau buka hatimu, berilah ruang padaku
Yang mencintaimu apa adaku
Yang sedang derita kerna kehilanganmu

Maafkanku sayang andai aku memaksa
Ku tak sanggup lagi hidup tanpa cintamu
Kembalilah wahai bunga tercinta
Aku di sini kan terus menunggu
Kaulah satu-satunya Bungaku..
hak milik nurfaizuddin

Tips Blogging : mengapa perlu ada follower?

Nampaknya sejak kebelakangan ni, banyak masa nur untuk mula menurunkan ilmu-ilmu berblogging yang nur miliki selama setahun nie, masih lagi merangkak dalam dunia BLOG nie , apa yang nur nak sharekan kali ini adalah mengenai FOLLOWER ataupun lebih mesra sebagai teman blog (",. Apa yang nur tulis nie sebagai perkongsian ilmu , jika anda ade pendapat masing-masing boleh la komen and share kat ruangan komen nnt . ok?


Follower merupakan salah satu sahabat yang kita miliki di dalam dunia blogging ini . Ada yang sering memberikan respons dan ada juga yang sombong-sombong kucing..ahaks . . gurau je :D .Amat penting sekali kita sebagai blogger untuk memperoleh followers yang ramai yang sering up to date pasal intipati blog kita .Sebab apa?
kerana dengan adanya followers, kita dapat berkongsi maklumat bersama. sharing is caring right? . . tak semua benda kita tahu kat dunia nie, so dengan adanya follower yang ramai kita boleh saling bertukar maklumat dan sebagainya.. ingat ! followers tu teman akrab kita :)

Jadi dengan itu , cuba hasilkan blog yang menarik , cute , comel , berkualiti , kurangkan copy and paste kerana percayalah xkan ade follower yang nak stay dengan anda sebab anda bukan blogger TULEN .
bagaimana nak dapat ramai follower ? mesti menjadi persoalan kan?
OK kat sini nur senaraikan perkara basic yang perlu kita ketahui untuk peroleh followers ( TIPS hebat untuk newbie )


i.  Gunakan ayat-ayat yang spontan (jangan terlalu formal dan rojak)
ii.  Pastikan template blog anda menarik dari segi susunan widget , warna , font dan sebagainya
iii. Pastikan artikel anda bermanfaat dan seeloknya ORIGINAL dari anda
iv. selalu BW dan follow blog orang lain,kemudian mention mereka supaya follow back
v. Sentiasa memberi respons terhadap pertanyaan yang diajukan oleh pembaca
vi. Puji blog yang anda lawati kemudian letakkan link blog korang,pasti empunya blog akan berbesar hati untuk melawat sekaligus ,follow blog anda .

apa pula pendapat anda?... tinggalkan link korang kat sini and follow blog nur, pasti nur akan follow blog anda balik and BWdi sana... i wait for your response :D
salam. .

Sunday 14 April 2013

Subhanallah . . Nik Aziz jatuh rebah


Terkejut juga nur tadi apabila terbaca satu artikel dekat sebuah page di Fb .walaupun kita berbeza ideologi, tetapi hubungan sesama muslim kita perlu jaga, walau apa pun yang berlaku , kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat beliau.. Al fATIHAH . .  semoga keadaannya bertambah baik . .
Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai,Johor di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.


( dapatkan berita lanjut di :INNALILLAH NIK AZIZ TUMBANG )

Awak, Saya Hilang Arah Tuju bila Awak takde .

today is weekend . hari nie awal bangun and siap2 nak g practise gamelan untuk menghadapi pertandingan 19 april nanti dekat terengganu . Sampai2 je fakulti, tiba-tiba kene postpone latihan sebab bilik kunci .ahaks. . . so Nur pon balik laa semula ke rumah . dari pagi sampai ke petang,saat ini, dan ketika ini , xde kerja lain yang nur buat, just duduk depan laptop tengok benda2 yang patut . . sebab apa jadi macam nie? sebab nur rasa sepi and sunyi sangat coz aktiviti rutin yang nur buat sebelum nie dah x dapat buat dah . . no more texting and calling from her .



Awak , (". hari nie da masuk hari yang ke 20 wak kita jadi macam nie . No more texting and calling . . saya rindu sangat dekat awak . .nak dengar suare awak, gurau senda awak, celoteh and semuanya . bila kita jadi macam nie serius wak, saya jadi tak tentu hala. Saya selama nie tak pernah berenggang dengan awak macam nie... awk sentiasa jadi teman saya sebelum nie.. 5 tahun wak.. lama sangat2.. tapi bila kita jadi macam nie. saya rase kosong...xde pape . . awak pon perasan kan, walaupun awak da tak text saya, tapi still lagi text awak, say Good morning . .  gud nite . .  saya nak  awak tau , yang saya susah sangat nak lupakan diri awak . .

awak.. saya harap nanti sampai satu ketika,awak bukakanlah hati awak semula untuk saya dan berikan sekali lagi peluang untuk mencintai awak dan menjaga awak sebaiknya..ini janji saya wak . . . saya x akan persiakan .saya harap awak baca nukilan saya nie . .  sebab saya teramat rindukan awak... (". salam sayang dan rindu dari saya wak . . 

Editor Template HTML Blogger berwajah baru


Assalamualaikum , setelah sekian lama nur tak melakukan editing dekat template blog nie, baru tadi nur buka dan amat terkejut apabila mendapati editor template HTML telah berubah wajah dan lebih rumit. Pada nur better blogspot kekalkan editor template yang lama kerana semua mudah menggunakannya.

Selain itu juga, Nur nak mengajak blogger lain untuk kita sama-sama godeh sana sini apa yang patut sebelum ianya menjadi lebih susah . .  hahaha

Ingatan dan Amaran
Jika anda masih belum mencuba editor baru blogspot ini, baik cuba sekarang sebelum ia jadi makin rumit buat anda. Cuma satu ingatan penting untuk sesiapa yang mahu edit HTML blog - jangan sesekali anda tekan Format Template dan juga Revert Widget Template to Default. Kerana apa ... sebab apa yang anda dah usahakan nanti akan jadi sia-sia .... huhuhuu...




Saturday 13 April 2013

Awak,saya rindu awak sangat-sangat


malam nie malam minggu and xde pape aktiviti yang nur boleh lakukan dekat Taman Bahtera,rumah sewa nur ni. cuma perasaan bosan yang teramat sangat and malam nie dia akan perform tarian dekat UTP sempena FESCO and all the best wak .hurm. motif sebenar nur nak  tulis nie sebenarnya just nak share my feeling right now.. im just want she know how much i miss her . . hurm . . seriously nur rindu sangat dekat dia . Lama dah x contact dia macam dulu,dengar suara dia dalam phone, gurau-gurau,ketawa dan share masalah .

Kehilangan dia amat nur rasai. She is my first love since high school . Nur rindu sangat and bila dia xde tu rase sepi and keseorangan tu amat mendalam . Bohong nur katakan kita x rindu dekat orang yang kita sayang. Sejak akhir-akhir nie,Nur asyik mimpi pasal dia. hurm.semua tu membuatkan nur terasa rindu and kadang2 nak je nur text or call die and bagitau perasaan nur tapi nur tau kondisi nur. im not in her heart anymore .


walau apapun,semoga once day,dia akan membaca blog nur nie and hope she will know about this.. Awak, im just want you know, that i love and miss you so much my sweetheart.




Mengenali Wanita yang sedang Gersang


hello hello hello . .  pada zaman moden ini semua maklumat yang kita peroleh merupakan satu ilmu yang berguna untuk kita, tetapi ia juga bergantung pada empunya diri untuk menerima dan mengaolikasuikan ilmu itu sebaiknya. Ini hanya sekadar perkongsian umum dan maaf jika artikel ini tidak sesuai dibaca .

As we know, Seks dalam kehidupan kita memang tak boleh hendak pisahkan . ianya saling memerlukan .Menurut kajian , Seks yang sempurna mampu menjadikan seseorang itu lebih ceria dan gembira kerana NAFSU gersang telah dapat di penuhi . 

Wanita amat sukakan seks . ini kerana nafsu mreka lebih kuat berbanding lelaki. dan bila mereka berada dalam keadaan kegersangan untuk melakukan hubungan seks  , ada beberapa perubahan fizikal yang akan berlaku antaranya . .


Puting dada mereka akan menjadi tegang dan keras serta mereka lebih berasa gersang apabila mereka meramas payudara mereka menggunakan tapak tangan . Inilah titik utama untuk melihat wanita itu dalam kegersangan untuk melakukan hubungan seks. . 

Selain itu juga, pergerakan nafas yang semakin laju juga turut menunjukkan wanita itu dalam keghairahan. semakin laju nafas mereka apabila bersama, itu tandanya mereka sudah tak dapat tahan untuk bersama. . 


Dan ada juga diantara wanita yang sedang dalam kegersangan akan melepaskannya dengan melakukan masturbasi ataupun lebih dikenali sebgai onani . mereka akan menyentuh vagina mereka menggunakan jari mereka dan membuat sedikit sentuhan di kemaluan mereka.. Hal ini juga boleh membuatkan wanita gersang .

if ada maklumat tambahan. kongsikan bersama :)


Alat Muzik ginggong ( harp jaws)



PENGENALAN GINGGONG

Alat muzik ginggong ini diklasifikasikan sebagai alat muzik idiofon yang berdema sendiri apabila dipetik.Ginggong dikenali sebagai’Linguaphone’ atau harp jaws kerana satu atau lebih lidah dipasang pasa rangka atau badan alat.Ianya bersifat idiogottal kerana lidah dibuat daripada badan alat sendiri.Alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki orang asli iaitu Jah Hut di negeri Pahang.Bunyi ginggong ini meniru bunyi alam semula jadi seperti bunyi kumbang dan cengkerik.Ukurannya sepanjang 7 sehingga 10 cm tinggi.


CARA DIMAINKAN

Ginggong ini dipegang secara mendatar dan diletak diantara bibir.Apabila tali di penghujung badan dipetik dengan irama tertentu dan lidah bergetar lalu menghasillkan
bunyi.Mulut pemain berfungsi sebagai resonator yang menghasilkan satu ton asas dan beberapa tone yang lain.


CIRI MUZIK

Motif melodi yang dimainkan secara berulang-ulang dengan pelbagai variasi bunyi-bunyian binatang dan unggas.

Aku Buntu dan Bingung


AKU BUNTU kerana sudah lama nur memendam rasa yang terbuku dalam hati nie, syukur alhamdulilah kali nie jam 3.45 am nie diberi kesempatan oleh Allah untuk Nur meluahkan segala isi hati yang tersirat selama ini . Tujuan nur bukan untuk berbangga ataupun menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian untuk semua pembaca blog nur nie. sedikit sebanyak nur dapat berkongsi pengalaman dan nasihat untuk readers yang lain...btol kan? :)
hope yang sudi singgah nie x jemu dengan artikel2 yang nur buat yang lebih pada individualiti nie... 

ingat lelaki xde PERASAAN ke..hahaha... sebenarnya lelaki nie dalam hati die ade sifat romantiknya dan ini Nur x nafikan, cuma lelaki itu nak tunjuk ataupun tidak jer :)
walau seBUNTU kita seklipun , nur nak ajak readers untuk dengar lagu nie.. lagu dari group The Nurse.. memang terbaik laaa.. sebab member2 band nie semua member nur... hahahax. . . anyway enjoy k 


Hadiah yang terakhir dariku


Tahun 2013 ni merupakan tahun yang amat mencabar buat Nur dan Couple Nur. sangat-sangat . Dekat blog nie jer lah tempat Nur luahkan perasaan . tak salah kan? mungkin satu hari nanti nur boleh baca balik apa yang berlaku pada masa ini . hurm . . 

setiap percintaan pasti akan mengalami konflik dan permasalahan yang kita tak sangka. semua nie boleh terjadi dengan sendiri tanpa kita sedar . Walaupun nur mencuba untuk menjaga hubungan ini , namun takdir Allah kita tak boleh elak macam mana sekalipun.. Setuju x? . .


Pada 19 feb yang lalu , Nur da celebrate aniversary yang ke-3 dan pada 12 mac yang lalu Nur da sambut burfday Si Dia dengan memberikan nya hadiah . Nur sanggup dari Tanjung Malim turun ke Puncak Perdana untuk jumpa Si Dia untuk ucapkan happy burfday and sambut burfday dia sekali.   .  :) semua indah dan baik baik belaka. Tapi kita x boleh halang kuasa tuhan btol x?  . .  start 16 mac hubungan nur dah mula goyah , Nur x pasti kenapa benda nie berlaku dalam masa yang amat singkat . And bila nie berlaku , Nur masih x dapat terima and masih x bersedia untuk lepaskannya (". Nur sayang sangat dekat dia.. lama wei sejak sekolah menengah form 2 umur 14 sampai 19 tahun.. 5 tahun . .. .hurm... apa yang nur boleh katakan.. Nur sangat sayangkan dia . .  semua ini berlaku disebabkan adanya orang ke-3 yang menggangu hubungan kami . .

Pada couple2 yang kat luar tu, jagalah pasangan anda sebaik mungkin , berikan perhatian untuk mereka,jangan sesekali abaikan mereka kerana setiap pasangan inginkan perhatian dan penjagaan . .  
nnti Nur sambung pada artikel yang seterusnya . . 


Friday 12 April 2013

Kajian Muzik : Ghazal


Muzik Ghazal

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.

Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.

Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.

Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.

Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-


Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.


Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.


Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.


Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak. Selain itu juga, Gitar ini di tune dalam nada Bb . .  maknanya di sini kita perlu tunekan semua tali dari tali paling tebal : D,G,C,F,B,D


Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.


Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.


Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

Kajian Muzik : Nobat



PENGENALAN NOBAT

Nobat salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

Nobat telah dipilih sebagai bahan intipati kajian ini kerana muzik Nobat ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum khususnya generasi muda. Sebagai muzik DiRaja, ia hanya dikenali di kalangan masyarakat istana sahaja. Selain daripada itu, didapati tidak banyak kajian yang pernah dibuat mengenainya. Antara lain aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobat ini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat. Selain itu, masih terdapat pertikaian mengenai asal usul kedatangan Nobat ke Tanah Melayu

SEJARAH NOBAT



Nobat dibawa seorang pendeta dari negeri arab bernama Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad. Beliau merantau dari Yaman dan tiba di Kedah pada sekitar tahun
531 H. Beliau telah menyebarkan agama Islam kepada Paduka Maharaja Derba Raja. Penyebaran agama beliau telah berjaya membawa raja dan seluruh rakyat baginda memeluk agama Islam. Nama asal negeri Kedah pula ditukar daripada Qalha kepada Kedah. Syeikh Abdullah juga turut mencadangkan supaya Nobat dimainkan setiap tiba waktu Maghrib, Subuh, dan Isyak, serta hari Jumaat. Sejak itu, Nobat dimainkan pada waktu tersebut sehingga kini.Selain itu, Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka. Selain ituPuak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.
Terdapat banyak pendapat apabila memperkatakan mengenai asal usul dan titik mula kewujudan Nobat di negeri Kedah. Namun masih belum ditemui lagi asal usul yang tepat. Ahli-ahli sejarah masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam pertikaian asal-usul Nobat ini. Tidak kurang juga yang menerapkan unsur dongeng di dalam pendapat mereka. Di dalam kajian ini, terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai asal kewujudan Nobat.


Ada yang menceritakan salasilah raja-raja negeri Kedah, hasil tulisan pengarang terkenal Encik Hassan, ada menyentuh mengenai asal-usul Nobat ini. Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa kononnya Nobat dibawa oleh maharaja Derba Raja yang berasal dari India. Baginda dikatakan orang pertama yang memperkenalkan Nobat dan menjadikannya lambang kebesaran raja-raja.

Tuesday 9 April 2013

Saya perlu sokongan Anda


Bismillahirahmanirrahim . . .
salam 1 malaysia untuk semua blogger dan reader yg menjengah masuk ke sangkar nur...
sudah sekian lama nur tidak menulis entri di dalam blog ini selama 4 bulan .
satu tempoh masa yang amat lama . dan banyak perkara yang nur tidak dapat tulis. 

Al maklumlah, kita insan yang serba kekurangan, kadang kala mood tu ade,kadang kala malas sangat . . hurm.. saya ingin meminta jasa baik blogger-blogger lain untuk support saya untuk meneruskan penulisan saya untuk menyampaikan ideologi saya . . 
i need your support guys . .  hurm   . .
walau apapun thanks sebab sudi jengah di blog ini.. tinggalkan link anda,nanti nur akan blogwalking . . salam perpaduan