Sunday 14 April 2013

Subhanallah . . Nik Aziz jatuh rebah


Terkejut juga nur tadi apabila terbaca satu artikel dekat sebuah page di Fb .walaupun kita berbeza ideologi, tetapi hubungan sesama muslim kita perlu jaga, walau apa pun yang berlaku , kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat beliau.. Al fATIHAH . .  semoga keadaannya bertambah baik . .
Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai,Johor di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.


( dapatkan berita lanjut di :INNALILLAH NIK AZIZ TUMBANG )

1 comment:

Anonymous said...

Wynn Las Vegas Casino & Hotel | SEGA Online Casino
You've 1xbet korean arrived at the Wynn septcasino Las Vegas Casino & Hotel, where real Vegas casino action takes place with the 카지노 highest quality gaming machines around. Play your