Monday 15 April 2013

Tips Blogging : mengapa perlu ada follower?

Nampaknya sejak kebelakangan ni, banyak masa nur untuk mula menurunkan ilmu-ilmu berblogging yang nur miliki selama setahun nie, masih lagi merangkak dalam dunia BLOG nie , apa yang nur nak sharekan kali ini adalah mengenai FOLLOWER ataupun lebih mesra sebagai teman blog (",. Apa yang nur tulis nie sebagai perkongsian ilmu , jika anda ade pendapat masing-masing boleh la komen and share kat ruangan komen nnt . ok?


Follower merupakan salah satu sahabat yang kita miliki di dalam dunia blogging ini . Ada yang sering memberikan respons dan ada juga yang sombong-sombong kucing..ahaks . . gurau je :D .Amat penting sekali kita sebagai blogger untuk memperoleh followers yang ramai yang sering up to date pasal intipati blog kita .Sebab apa?
kerana dengan adanya followers, kita dapat berkongsi maklumat bersama. sharing is caring right? . . tak semua benda kita tahu kat dunia nie, so dengan adanya follower yang ramai kita boleh saling bertukar maklumat dan sebagainya.. ingat ! followers tu teman akrab kita :)

Jadi dengan itu , cuba hasilkan blog yang menarik , cute , comel , berkualiti , kurangkan copy and paste kerana percayalah xkan ade follower yang nak stay dengan anda sebab anda bukan blogger TULEN .
bagaimana nak dapat ramai follower ? mesti menjadi persoalan kan?
OK kat sini nur senaraikan perkara basic yang perlu kita ketahui untuk peroleh followers ( TIPS hebat untuk newbie )


i.  Gunakan ayat-ayat yang spontan (jangan terlalu formal dan rojak)
ii.  Pastikan template blog anda menarik dari segi susunan widget , warna , font dan sebagainya
iii. Pastikan artikel anda bermanfaat dan seeloknya ORIGINAL dari anda
iv. selalu BW dan follow blog orang lain,kemudian mention mereka supaya follow back
v. Sentiasa memberi respons terhadap pertanyaan yang diajukan oleh pembaca
vi. Puji blog yang anda lawati kemudian letakkan link blog korang,pasti empunya blog akan berbesar hati untuk melawat sekaligus ,follow blog anda .

apa pula pendapat anda?... tinggalkan link korang kat sini and follow blog nur, pasti nur akan follow blog anda balik and BWdi sana... i wait for your response :D
salam. .

No comments: