Sunday 27 May 2012

Tips cinta : tangani stress selepas putus cinta

*follow tau blog Nur .....**, ada banyak rahsia yang belum Nur Tulis



Salam semua,Nur nak ucapkan selamat berhujung minggu disamping keluarga yg tersayang.Nur haraphujung minggu nie parents dapat meluangkan mase bersama-sama anak anak ^^
Ok baiklah,hari nie Nur nak kongsikan sedikit tips cinta khusus buat sesiapa yang telah putus cinta dan bagaimana cara untuk mengawalnya.Dengan pekongsian tips ini Nur harap anda semua dapat menjadi lebih positif dan yakin terhadap diri sendiri


Jangan sampai perpisahan Anda dengan mantan kekasih mengakibatkan kesedihan yang berlarut-larut juga stres yang berkepanjangan. Anda harus bangkit dan kembali menjalani hidup. Ini tipsnya.

Menerima
Yang pertama kali harus Anda lakukan adalah menerima keputusan yang sudah dibuat. Saat memutuskan berpisah, Anda dan mantan kekasih pasti sudah melewati banyak fase dan memiliki beragam pertimbangan. Untuk itu terimalah keadaan ini.

Jaga jarak
Hal ini bukan bertujuan untuk memutuskan tali silaturahmi. Namun setelah putus, sebaiknya Anda dan kekasih menjaga jarak terlebih dahulu. Kondisi emosional Anda dan dia belum stabil. Jangan sampai pertemuan-pertemuan yang tidak perlu justru membuat Anda dan mantan membuat keputusan yang akan disesali nantinya.

Berhenti menyalahkan
Kondisi emosional akan terus terganggu jika Anda terus-menerus membahas kesalahan mantan ataupun kesalahan Anda sendiri. Jangan lagi terpaku pada masa lalu. Jika memang ada kesalahan yang Anda perbuat di hubungan yang lalu, jangan lagi menyalahkan diri sendiri. Perbaikilah diri Anda agar sukses menjalankan hubungan di masa mendatang.

Nikmati kesendirian
Jangan terburu-buru memulai hubungan yang baru. Jangan pernah memulai hubungan karena alasan kesepian. Cobalah nikmati kesendirian Anda terlebih dahulu. Inilah saatnya Anda menikmati waktu dengan para sahabat juga keluarga. Terburu-buru memiliki hubungan baru justru memperbesar risiko Anda mengulangi kesalahan yang sama.

Jangan balas dendam
Balas dendam adalah salah satu tanda bahwa Anda belum rela melepaskan mantan. Lagi pula, tujuan balas dendam hanya akan menyakiti diri Anda sendiri. Berusaha membuat mantan cemburu dan sebagainya hanya akan membuat kesedihan Anda makin berlarut-larut.

Saturday 26 May 2012

Diganggu Makhluk halus semasa waktu maghrib

*follow tau blog Nur .....**, ada banyak rahsia yang belum Nur Tulis

Assalamualaikum semua,Nur Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam golongan ornag yang beriman..Insyallah :)
Baiklah pada kali nie atas permintaan rakan2 Nur,Nur nak cterkan sikit kejadian yang berlaku pada diri Nur pada hari ini ( 25 mei 2012)..
Nur ambil sebagai peringatan buat Nur sekaligus boleh memberikan Input buat anda semua..


apa yang Nur bakal ceritakan ini ada berkaitan dengan MAKHLUK alam lain yang sama2 menghuni di bumi Allah ini.
KEjadian yg menimpa Nur berlaku pada waktu maghrib semasa Nur baru sahaja selesai menghantar Jiran Nur pergi mengaji.Apabila pulang  so Nur tinggal la sorang -sorang kat motor tu...bawak punye bawak, tetibe Nur
rase ade satu benda menutup telinga Nur,mase tu Nur x dapat dengar bunyi apa-apa,bunyi motor yang Nur bawa pon Nur x dengar, yang Nur dapat dengar adelah bunyi anjing dan serigala menyalak...
AAAWWWWW.....AWwwww... GONg..Gong...

Friday 25 May 2012

berhati -hati wahai pemandu

*follow tau blog Nur .....**, ada banyak rahsia yang belum Nur Tulis

Assalamualaikum buat pembaca blog Nur,baiklah pada hari nie,,Nur baru jer baca surat khabar yang ada memaparkan sebuah kisah yang akan Nur jadikan renungan buat kita semua agar berhati-hati semasa memandu di jalan raya.

Nur kat sini cuma nak sampaikan pesan kepada pemandu2 sekalian..INGATLAH...harta serta wang boleh dicari,tetapi nyawa yg hilang tiada gantinya...Jadi memandulah dengan berhemah...kelajuan , jarak dan sebagainya perlu diambil kira untuk mengelakkan kemalangan...

Memang benar.ajal maut di tangan tuhan tapi, kita sebagai makhluknya bperlu berusaha untuk berubah...
Nur sertakan artikel KOSMO online mengenai kemalangan yang berlaku di KLUANG-KOTA TINGGI




JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.

"Kemalangan berlaku berhampiran Ladang Tabung Haji pada kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju ke arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.

"Dipercayai pemandunya gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan sebelum Perodua Kancil itu berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Majid berkata, pemandu lori yang berumur 29 tahun dan pemandu Toyota Hilux yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes kemalangan maut itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat manakala Sofea Balqis dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)di sini untuk rawatan. - BERNAMA

Wednesday 23 May 2012

Tolong Nur....

*follow tau blog Nur .....**, ada banyak rahsia yang belum Nur Tulis

Assalamualaikum semua.Apa khabar?..Nur harap semua berada dalam keadaan sihat Hendaknya.
Ok.Hari nie Nur baru sahaja Menubuhkan satu page untuk blog nie....Page tersebut Nur buat atas kehendak diri Nur serta Inisiatif Nur untuk mengembangkan lagi blog Nur ke serata tempat.


                       www.facebook.com/pages/Nur_faizuddin-blogspot

Jadi,Nur ingin meminta jasa baik readers semua Untuk LIKE and follow Nur punye Fan  PAGE di facebook..Bukan untuk populariti Nur,tetapi untik nur jadikan platform menyebarkan berita2 yg kita peroleh bersama :)

Jasa baik korang Nur iringkan dengan ucapan terima kasih :)

Tuesday 22 May 2012

followers yang ke 200

*follow tau blog Nur .....**,

Hai.. :) salam semua,Nur rasa happy sangat hari nie sebab blog Nur sudah mempunyai 200 followers :)
Nur tau 200 tu masih jumlah yang kecil jika nak dibandingkan denganblog2 lain...
Tapi Nur akan cuba menjadikan blog Nur nie mempunyai ramai followers yang menyukai blog ini...

Nur harap,kepada readers yang caring..boleh x tinggalkan sedikit komen serta informasi yang berguna untuk Nur gunakan sekaligus akan membantu anda meningkatkan trafik blog anda. ala ala SERAMPANG 2 MATA :)

Alhamdulilah.Berkat daripada artikel yang Nur telah buat sebelum ini mengenai :mahu dapatkan followers yang ramai. Nur telah berjaya memperoleh 64 followers dalam mase 3 hari.Syukur Alhamdulilah...
Ok,baiklah cukup artikel untuk hari nie,jika ade perkongsian ilmu boleh tinggalkan komen k.Nur akan membalasnya.
sekian

Monday 21 May 2012

Rezeki di malam 1 Rejab 1433

*follow tau blog Nur .....**,


Salam semua....Assalamualaikum,Nur harap semua reades berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita peluang dan bernafas pada hari ini untuk menyambut kedatangan bulan Mulia iaitu Bulan REJAB sekaligus memberi tanda bahawa lagi 2 bulan untuk kita bertemu RAMADHAN al mubarak.
banyak kelebihan yang kita dapat peroleh dalam bulan REJAB ini...jadi gunakan ia sebaik mungkin tau.

Ok ,Hari nie nak update satu entri yg ringkas tetapi mengandungi pelbagai manfaat.
kalau semua nak tau,Nur ade buat part time kerja,iaitu Jual burger...sedih jer bapa malam nie sikit jer pelanggan yang datang.
TAPI malam nie sempena 1 Rejab,ALHAMDULILLAH rezeki bertambah kerana ade 1 pelanggan nie die bolot semua burger Nur... HUHU...penat2....
Perbualan antara Nur dengan Pembeli



alhamdulilah :) rezeki 1 rejab ...
habis burger aq...

* abg..bagi saya burger daging 22 biji
# alamak bro...burger ade 21 jer...
*boleh laa.. :)
#ok settle...

21 biji burger sekali SAPU....siap jer msk.trus tutup stall. :) hehehe

tak menang tangan dibuatnyer

banyak betul !

daging lembu :)


penat tau....papepun Nur bersyukur sangat2...Rezeki 1 Rejab nie...
ok.Nur harap kepada peniaga2 diluar sana,jika tiada pelanggan anda harus sabar menanti kerana kita x tau bila rezeki kita akan masuk :)
ok ? sekian

Sunday 20 May 2012

Pengasas FACEBOOK kahwin wanita ASIA

*follow tau blog Nur .....**,




Haluu... Nie merupakan artikel ringkas Nur pada hari nie...
Akhirnya,Jutawan muda Mark ( pengasas Facebook ) telah melangsungkan perkahwinannya
dengan seorang wanita Asia....

Walaupon majlisnya simple,tetapi telah dihadiri ribuan kawan2 serta peminat beliau..
lepas nie kene panggil mark : Mr.Mark :)
hehe...sekian

INFO : ROHYPNOL TAKTIK BARU PEROGOL

*follow tau blog Nur .....**,



NUR HARAP DENGAN PERKONGSIAN INI , kita dapat menyelamatkan wanita-wanita diluar sana...

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad...ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.


Sumber : Blomberg

TIPS : Ringannya Blog Nur

Salam semua. **, apa khabar Nur harap semua berda dalam keadaan SIHAT walafiat dan semoga berbahagia selalu bersama orang yang tersayang ... adakah hari ini anda HAPPY ? apa yang menyebabkan anda HAPPY ? mesti ada sebab kan :)

hehe,Nur pun sebenarnya Happy sangat hari nie sebab Blog Nur ringan sangat.. 0.01 untuk load time **,



INI LINK :www.iwebtool.com
mesti anda x percaya kan...nah tengok nie :

hahaa...mcmane percaya x ?....walaupon size blog nur boleh dikategorikan berat,tapi loading nya laju...
bukak faktor internet connections :)

anda nak tau apa tips nyer :
i.jika anda menggunakan blogspot.guna template simple adalah lebih baik
ii.jangan letak terlalu banyak gadjet yang remeh-temeh seperti : autoplay,lagu, and macam-macam lagi
iii.jangan gunakan size gambar yang terlalu besar kerana ia mempengaruhi blog anda
iv.elak dari menggunakan effect cursor,bubbles dan macam - macam lagi..

tidak salah untuk kita menghias blog supaya menjadi cantik tapi ingat.blog kita untuk dibaca ..Kalu blog anda lambat dan berat anda rase ramai ke yang nk jenguk2 ke blog anda pasti mereka akan tutup tab sebelum blog korang siap loading :)

ok Nur harap perkongsian ini dapat membantu blogger2 yang mempunyai masalah *blog berat.
sekian

Friday 18 May 2012

tutorial PING blog di BUSUK.com

Salam semua,hari Ni Nur nak Buatkan satu turorial khas buat blogger yang baru nak mengenali dunia blog.
Dalam dunia blog,semua blogger ingin menjadikan blog yang dimilikinya dikenali ramai untuk mendapat trafik yang tinggi sekaligus mempengaruhi KEHEBATAN blog tersebut. Jadi salah satu platform yang mudah untuk kita menaikkan populariti blog adalah dengan PING kan di BUSUK.com

Laman BUSUK ini merupakan satu platform yang cukup hebat untuk meningkatkan trafik di blog anda.
Jangan terkejut apabila setelah anda PING di BUSUK,blog anda akan mendapat trafik yang tinggi melambung..
Jadi saya disini ingin mengajar anda untuk PING di BUSUK.
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda..

LANGKAH 1. pergi ke laman BUSUK.com : busuk.org/ping

LANGKAH 2. Copy script yang telah disediakan ke dalam blog anda


LAYOUT  >  ADD A GADJET  >  HTML/JavaScript


LANGKAH 3. tambah BUSUK widget di blog anda
untuk dapatkan WIDGET ini..lihat di bahagian TAB busuk.Lihat gambar di bawah...

LANGKAH 4.Submit artikel anda di BUSUK dengan hanya LOGIN menggunakan Facebook ataupon Twitter...

sekian
follow saya k :)

Thursday 17 May 2012

mahu dapatkan followers yang ramai? Follow saya


Tajuk entri kali ni laen sikit, selalunya buat entri pasal hiburan dan personaliti. Oklah, ramai bloggers kat luar sana nak sangat2 ade ramai followers kan? Same la, saya pun nak ramai followers jugak. Bila berblogging ni, perkara utama yang perlu kita buat tarik sebanyak boleh pengunjung ke blog kita.



Ada satu tips yang saya baca daripada blog seseorang, dia kata jika followers kita tak sampai 300, kita jadilah mesra alam dengan blogger lain untuk dapatkan follower. Lepastu, bila dapat 300, fokus pada entri pulak.
Guna konsep I FOLLOW U, U FOLLOW I BACK. Konsep ni memang berkesan! Saya baru je guna konsep ni semalam dan alhamdulillah dapat 'pulangan yang lumayan jugak. Bayangkan mula2 saya ada 124 followers, then bila guna konsep ni, terus naik dan sekarang dah 135 followers.

Kalu nak tarik orang, kita boleh 'hias' blog kita cantik2 supaya nanti orang suka berkunjung ke blog kita. Tulislah kat sidebar ke, "U Follow I,I'll follow U''. haha Gerenti orang yang tengah cari followers masa tu, akan follow blog korang macam saya :) Tapi korang jangan jadik jahat, bila orang tu dah follow U, korang tak mau follow diorang balik. Tak aci tuu~

Bila berblogwalking tu, jangan lupa tinggalkan jejak anda dekat shoutbox ya!
Kalu ade bajet, buat kontest dengan syarat kena follow blog korang. Nie yang BEST^_^
Bila buat entri tu buatlah entri2 yang kreatif sikit, yang orang minat nak baca.

 Then, kalu boleh gunalah ayat yang orang senang nak faham. Elakkan guna singkatan kata, sebab orang macam saya ni bukannya faham sangat bahasa SMS.

Apabila berblogwalking, tinggal la komen korang kat entri baru dalam blog yang korang jenguk tu.
Itu sahaja daripada saya. Harap dapat membantu. ^_^

Psttt : Jangan lupa follow blog saya tau! Hehe..banyak lagi rahsia yang nak saya kongsikan.
anda juga pasti nak tau cara tingkatkan trafik kan : klik sini : MAHU TRAFIK TINGGI di BLOG

Mahu trafik tinggi...? Ikut saya

salam semua...Halu apa khabar,Nur harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
ok baiklah.hari nie nur nak bagi rahsia serta tips bagi blogger2 terutama sekali kepada yang newbie.
Perkara pertama,Nur nak tanye,Siapa di sini mahukan trafik yang tinggi untuk blog anda ?
sape nak thumbs up...
wuuu...huuu.. ramainyer yang nak trafik tinggi...
ok2..hari ni nur nak kongsi sedikit langkah2 serta kaedah untuk memperoleh trafik yang tinggi..

1.BACKLINK

ok untuk dapatkan backlinks..anda boleh lihat di sebelah kanan blog Nur..*kat dalam box
ok..anda semua perlu copy paste link yang diberikan ke dalam blog anda.Tujuannya untuk mengesan backlinks dari blog anda dan cara ini sangat berkesan...

2,prelunchx.com
Untuk dapatkan trafik tinggi sementara itu kita boleh menjana keuntungan melalui LINK ini.
Perkara yang anda perlu buat adalah Sign Up sahaja. :prelaunchx.com

Ok itu sahaja untuk hari nie.Kalu nak lebih banyak Info serta tips berBLOG,Nur akan kongsikan dan jangan lupa untuk follow blog Nur :)
sekian

Tuesday 15 May 2012

Luahan Hati seorang Blogger

Hallu blogger? apa khabar...Nur sihat sahaja..hurm macam mana dengan hari anda hari ini...Adakah penuh dengan kegembiraan ataupon penuh dengan kedukaan melanda Jiwa anda semua.
Hurm...hari nie macam2 berita kita dengar...dari dalam negara sehingga ke Luar negara...
PALESTIN ditindas oleh rejim ISRAEL dan macam-macam lagi..





Baiklah Nur ingin bertanya kepada anda semua,,,adakah anda suka melihat keganasan berlaku di luar sana?..
banyak nyawa yang melayang,pertumpahan darah berlaku dan macam-macam lagi..Nur bersyukur Negara kita ini masih lagi aman walaupon ade sedikit pergolakan politik yang berlaku...

Ayuhlah para blogger.kita gunakan medium blog ini sebagai satu platform untuk menyatakan pandangan kita pada haluan yg benar dan btol..Nur harap kita semua mampu menjadi blogger yang sihat yang berfikiran rasional..
sekian

AYUH kita bantu rakyat PALESTIN !! TAKBIR

Salam Nur nak mengajak semua pembaca ayuh kita tunjukkan rasaserta tanda sokongan kita terhadap rakyat PALESTIN..Mereka adalah saudara ISLAM kita..AYUH..TUKAR DP facebbok anda
15th May 2012 : Nakbah Palestine| Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepada semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP...JUM TUKAR DP

|15th May 2012 : Nakbah Palestine| Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang 


menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju


 untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepada semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut 



kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP dalam beberapa jam semalam.

Tahniah juga kepada semua yang telah membuat protes ke atas Israel, menyebarkan kesedaran kepada 



orang ramai. Sekurangnya kita telah membuat sesuatu untuk mereka.

Sekarang mereka sangat gembira di Palestin dan mereka meraikannya. Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! 



Alhamdulillah !! Alhamdulillah !!

Sesiapa yang belum menunjukkan solidariti, moga Allah memberi peluang lain untuk membantu. Ameen

Teruskan Perang Media dan Perang Doa kita.. Ameen

Jom sama-sama tukar profile picture 

Villa Nabila : pelbagai misteri yang tersimpan


gambar villa nabila


Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.



Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.KLIK DISINI untuk melihat foto yang lain


Monday 7 May 2012

Program Nuffnang dan Perkhidmatannya


Salam hari Nie Nur tergerak pulak Untuk tulis satu artikel mengenai Agen pengiklanan terbesar di ASIA iaitu NUFFNANG..
Nuffnang ini merupakan satu syarikat pengiklanan yang membantu para blogger menghasilkan pendapatan sampingan dengan menjadi Ahli Nuffnang.
Pelbagai Ganjaran serta program yang dianjurkan oleh pihak nuffnang untuk memiliki pengguna tetap.Ynag penting,Nur amat pasti,setiap blogger mesti akan mendaftar menjadi Ahli nuffnang...
Nur juga merupakan salah seorang ahli Nuffnang.. Tetapi setakat ini nur x pernah lagi memiliki BE dari nuffnang ( harap Nuffnang bagi HADIAH k)..heheheh
saje jer... ok la Nur sediakan disini beberapa tips untuk blogger yg still Newbie untuk menjana INCOME melalui nuffnang....sekian




Antara tips2 untuk buat duit dengan Nuffnang:
1 – Letakkan iklan Nuffnang di atas sekali laman web anda. Jadikan iklan tersebut “penyambut tamu” blog anda.
2 – Jadilah ahli “Gliteratti” Nuffnang. Macam-macam faedah boleh diterima.
3 – Iklan Nuffnang dapat memberi kesan mendalam atau lebih baik diletak pada blog yang memfokuskan pada perkara tempatan seperti blog mengenai makanan atau gosip-gosip di Malaysia.
4 – Jadikan blog anda mesra SEO untuk mendapatkan lebih trafik ke blog anda.
5 - JANGAN letakkan iklan anda di bahagian bawah laman web. Letak di bahagian ATAS!
6 – Gunakan letakan iklan yang betul. Tapi anda boleh juga melakukan eksperimen dengan letakan iklan Nuffnang anda.
7. Hantar pos-pos anda kepada Innit. Itu juga membantu sedikit sebanyak trafik ke blog anda.
Cara daftar nuffnang? click NUFFNANG

Alhamdulillah.. UPSI here i come !!


Salam.. YEZZAAAaa... hari nie nur happy sangat-sangat sebab apa yang nur tunggukan selama ini telah berjaya nur miliki. iaitu untuk menyambung pelajaran di UPSI dalam bidang DIPLOMA IN MUSIC.

bersyukur sangat-sangat kerana Nur akan menyambung pelajaran di sana,Hope nant boleh jumpe member-member yang HAVOC..hahaah...
SEE you GUYS yang mane ade masuk UPSI nnt sAlam perkenalan la yer... :)
sekian

kemalangan di Yong Peng !!


Salam semua, Hari nie Nur nak Tulis satu artikel yang baru sahaja terjadi ke atas diri nur dan sekeluarga..
Petang tadi kami semua terlibat dalam satu kemalangan kecil di YONG PENG pada kilometer 91.3 lebuh raya utara selatan pada jam 4.30 petang.

hurm... Nur nak bgtau yang Nur tergamam seketika semasa kejadian berlaku kerana kami semua masih sedar dan tidak mengantuk pon...
Kami sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Kulaijaya...
Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan di Bangsar,Kami terus mengambil keputusan pulang ke rumah untuk rehat... Tapi tiba sahaja di yong peng,tiba-tiba ade sebuah kereta yang bernombor flat SINGAPURA telah buat lebuh raya nie mcm lebuh raya negara die.. main potong ikut Q... macam sial... dah la jalan licin,baru lepas hujan...
last2....x sempat brek..BOOMMM !!! langgar jer...lepas tu bukan nak minta maaf...die tngk kereta die oK trus BLAH.... SHit...

tapi walau apepon,Nur bersyukur sebab xde yang tercedera...Jadi selepas nie, kalu time hujan, jage jarak kenderaan anda dan bawa dengan kelajuan yang sesuai ..OK ...
sekian

Wednesday 2 May 2012

tutorial tingkatkan trafik SUPER PING

salam semua, malam nie Nur mendapat Ilham untuk membuat satu tutorial yang berguna buat anda semua yang mana inginkan traffik yang tinggi serta mempunyai pembaca yang berkualiti.
di harap anda semua suka dengan video yang bakal nur tunjukkan..sila tinggalkan komen k :)


Cara meletak facebook SEND button

<data:post.body/>

kemudian letakkan kod ini diatas <data:post.body/>

selesai

<!--Facebook Send button Start P0L5K4H4CKR3W--><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/><fb:send colorscheme='light' expr:href='data:post.url' font='arial'/><br />
<!--Facebook Send button End P0L5K4H4CKR3W-->