Friday 12 April 2013

Kajian Muzik : Nobat



PENGENALAN NOBAT

Nobat salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

Nobat telah dipilih sebagai bahan intipati kajian ini kerana muzik Nobat ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum khususnya generasi muda. Sebagai muzik DiRaja, ia hanya dikenali di kalangan masyarakat istana sahaja. Selain daripada itu, didapati tidak banyak kajian yang pernah dibuat mengenainya. Antara lain aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobat ini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat. Selain itu, masih terdapat pertikaian mengenai asal usul kedatangan Nobat ke Tanah Melayu

SEJARAH NOBAT



Nobat dibawa seorang pendeta dari negeri arab bernama Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad. Beliau merantau dari Yaman dan tiba di Kedah pada sekitar tahun
531 H. Beliau telah menyebarkan agama Islam kepada Paduka Maharaja Derba Raja. Penyebaran agama beliau telah berjaya membawa raja dan seluruh rakyat baginda memeluk agama Islam. Nama asal negeri Kedah pula ditukar daripada Qalha kepada Kedah. Syeikh Abdullah juga turut mencadangkan supaya Nobat dimainkan setiap tiba waktu Maghrib, Subuh, dan Isyak, serta hari Jumaat. Sejak itu, Nobat dimainkan pada waktu tersebut sehingga kini.Selain itu, Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka. Selain ituPuak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.
Terdapat banyak pendapat apabila memperkatakan mengenai asal usul dan titik mula kewujudan Nobat di negeri Kedah. Namun masih belum ditemui lagi asal usul yang tepat. Ahli-ahli sejarah masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam pertikaian asal-usul Nobat ini. Tidak kurang juga yang menerapkan unsur dongeng di dalam pendapat mereka. Di dalam kajian ini, terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai asal kewujudan Nobat.


Ada yang menceritakan salasilah raja-raja negeri Kedah, hasil tulisan pengarang terkenal Encik Hassan, ada menyentuh mengenai asal-usul Nobat ini. Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa kononnya Nobat dibawa oleh maharaja Derba Raja yang berasal dari India. Baginda dikatakan orang pertama yang memperkenalkan Nobat dan menjadikannya lambang kebesaran raja-raja.

No comments: