Monday 5 November 2012

impikasi kebebasan beragama MURTAD di Malaysia

berita terdahulu

salam . malam ni artikel yang bakal di tulis berunsurkan politik. bukan apa, saya berasa pelik atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh anak Dato  Seri Anuar IBrahim, Nurul Izzah yang mana mengatakan orang melayu bebas beragama. apa yang akan terjadi bila kaum melayu di Malaysia ini diberi peluang untuk memeluk agama lain. Ayuh rakan-rakan, kita renung-renungkan dan fikir kembali.. adakah pilihan kita ini betul atau pun sudah terpesong. . .  apabila POLITIK di diutamakan, Orang MELAYU boleh diMURTADKAN. . . 



IMPLIKASI JIKA MELAYU DIBERI KEBEBASAN BERAGAMA

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita…!

  1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.
  2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
  • Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.
  • Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. 
  • Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent.
    a.       Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.
    b.     Semua badan-badan Islam tidak relevant lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.


    • Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.
    • Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.
    • Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan

1 comment:

Ain Zayy said...
This comment has been removed by a blog administrator.