Saturday 3 November 2012

alat muzik pensol



PENGENALAN PENSOL

Pensol atau seruling hidung dimainkan oleh Hala iaitu pemain
Pengsol
dimainkan sebagai muzik melodi intro, bridge dan penamat.
Alat lain dalam sewang ialah rebana, Crep (gitar buluh bertali 2), gong dan
Genggong Julak atau melodi yang dinyanyikan oleh hala’ dikatakan diilhamkan melalui
mimpi. Julak ini dinyanyikan untuk memanggil gunik hadir dalam majlis.
Hala’ yang telah dirasuk oleh gunik dikesan dengan perubahan karektor atau
suaranya yang berubah

CARA DIMAINKAN

Pemain pensol tersebut iaitu ’Hala’ akan
menyumbat sebelah lubang hidung menggunakan daun atau cebisan kain
manaka sebelah lagi lubang hidung digunakan untuk meniup pensol.

KONSEP MUZIK  

Sepanjang tarian sewang akan diiringi oleh muzik dari centung dan jika ada
alat muzik gong, crep, rebana dan genggong. Format / bentuk seksyen seksyen muzik sewang
Secara keseluruhannya, hanya satu pola irama permainan muzik centung
dalam muzik itu, iaituMuzik sewang dimainkan dalam meter 4/4, Tempo sederhana
bagi muzik perubatan dan tempo lebih cepat bagimuzik persembahan.
Melodi yang dimainkan adalah melodi yang diulangulang (yang diilhamkanmelalui mimpi)
Melodinya seolah-olah tidak begitupenting. Walau pun tidak begitu jelas, terdapat sedikit
Persamaan melodi dengan penggunaan skel minor pentatonic digunakan sebagai asas melodi.
Tekstur sewang ialah monofonik iaitu satu melodi (samada dari pensol atau
julak) diiringi oleh rentak kekal dari alat kombinasi alat muzik centung (juga
lain-lain alat muzik jika ada


LAGU YANG DIMAINKAN

•         Kok Gagek (Mari Cepat)
•         Seribu Ampun
•         Panas Siang
•         Joget
•         Amek Tolong Jar (Emak Tolong Kami)
•         Ken Anuk (Si Anu)
•         Tok Kenah (Tiada Beristeri)
•         Pusing Tamuk Tawin (Keliling Sejambak Bunga)
•         Amai Gabet (Jangan Tidur)
•         Sir (Kira)
•         Bek Yok (Ayah yang Mempunyai Anak Sulung Lelaki)
•         Ceri’t (Panggil)
•         Ruwang Ruwet (Ruwang Ruwet)
•         Bah Bai Bai (Pakcik)
•         Bunga Alam Ye (Puteri Gunung)
•         Puteri Raja (Puteri Raja)
•         Bula (Bola)
•         Guruk Abek (Guru Ayah)

No comments: