Friday 2 November 2012

remaja dan seks



Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan dan lelaki cenderung melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu.Artikel ini hanyalah pandangan saya mengenai remaja pada hari ini.

Memang seks amat diperlukan dalam kehidupan kita sebagai manusia. Itu merupakan fitrah hidup. Tetapi pada hari ini saya ingin membincangkan bersama anda mengenai ' REMAJA & SEKS'. Seperti yang kita tahu, pada hari ini , berita mengenai seks acap kali memenuhi dada-dada akhbar . Sekaligus menjadikan topik ini hangat untuk diberi perhatian.

Permasalahan yang berlaku sekarang adalah remaja melakukan seks atas dasar cinta atau nafsu. Pada saya, ianya melibatkan kedua-duanya sekali tetapi ada juga sebilangan mereka melakukan seks adalah atas dasar nafsu sahaja . Ini kerana dalam alam remaja inilah mereka memiliki naluri ingin tahu yang sangat kuat sehingga berani melakukan aksi-aksi ranjang sedemikian. Walaupun sering di nasihati bahawa hubungan kelamin sebelum nikah itu adalah haram , tetapi dorongan nafsu yang kuat tidak mampu menahan godaan tersebut. 



Dalam situasi ini, kita tidak boleh menyalahkan sebelah pihak sahaja, tetapi wajar menyalahkan kedua-dua belah pihak iaitu : teman lelaki & wanita itu sendiri. Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki amat mahir dalam tugas pujuk rayu manakala perempuan akan lemah jika terus digoda dan digoda.

Selain itu , antara faktor dominan yang menyumbang kepada masalah ini adalah kemudahan mengakses ke laman web porno dan sebagainya. Di sini saya ingin menyatakan bahawa semakin tinggi tahap teknologi semakin banyak kebaikan dan keburukan yang kita terima. Ia juga bergantung pada diri kita sendiri dalam penggunaan teknologi. Laman web lucah ini akan memaparkan gambar-gambar, video yang memperlihatkan aksi-aksi yang memberahikan penontonnya.

Jadi  apa pula pendapat anda mengenai 'REMAJA DAN SEKS'. saya harap anda dapat berkongsi input dalam situasi ini unuk kebergunaan kita bersama. sekian

No comments: