Saturday, 3 November 2012

alat muzik kulintangan




PENGENALAN DAN SEJARAH  KULINTANGAN

Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang terdapat di negeri Sabah DiBawah Bayu. Selain itu, alat muzik ini juga seakan-akan gamelan. Di Sabah, alat muzik kulintangan ini berada di daerah Semporna di mana alat muzik ini dimainkan oleh sesetengah kaum sahaja iaitu kaum Suluk dan Bajau. Alat Muzik Kulintangan ini sering dimainkan dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan,khatam al-quran, adat bercukur rambut, berkhatan dan kenduri-kendara yang lain.

ALAT MUZIK KULINTANGAN

Pada zaman dahulu, alat muzik Kulintangan ini diperbuat daripada logam tembaga dan kayu yang kini semakin sukar ditemui, kalau ada, harganya mungkin telah melambung berpuluh kali ganda dari harga dahulu. Sebagai alternatif kepada keperluan logam tembaga yang semakin sukar didapati ini, maka logam yang digunakan dalam pembuatan kulintangan telah di tukar kepada besi.Antara besi yang digunakan adalah
M15,M16 dan besi tangki 48.
Lazimnya,Kulintangan diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21. Muzik yang dihasilkan oleh Kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi.
Alat-alat muzik lain seperti dua buah gong, sebuah canang dan sebuah gendang sering dimainkan bersama Kulintangan.


FUNGSI KULINTANGAN DALAM MASYARAKAT

Seperti yang kita tahu, Alat muzik kulintangan ini dimainkan sewaktu majlis-majlis keraian. Fungsinya adalah untuk memeriahkan majlis dan menghiburkan para tetamu yang datang ke majlis tersebut. Selain itu juga, alat muzik ini juga berfungsi sebagai medium untuk mengajar pembelajaran alat muzik ini.

<

5 comments:

Fendy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
faizuddin pro said...
This comment has been removed by the author.
aini shahroni said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hai, awk ni cina eh, nak kewnal boleh hihihi