Friday, 12 April 2013

Kajian Muzik : Nobat



PENGENALAN NOBAT

Nobat salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

Nobat telah dipilih sebagai bahan intipati kajian ini kerana muzik Nobat ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum khususnya generasi muda. Sebagai muzik DiRaja, ia hanya dikenali di kalangan masyarakat istana sahaja. Selain daripada itu, didapati tidak banyak kajian yang pernah dibuat mengenainya. Antara lain aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobat ini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat. Selain itu, masih terdapat pertikaian mengenai asal usul kedatangan Nobat ke Tanah Melayu

SEJARAH NOBAT



Nobat dibawa seorang pendeta dari negeri arab bernama Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad. Beliau merantau dari Yaman dan tiba di Kedah pada sekitar tahun
531 H. Beliau telah menyebarkan agama Islam kepada Paduka Maharaja Derba Raja. Penyebaran agama beliau telah berjaya membawa raja dan seluruh rakyat baginda memeluk agama Islam. Nama asal negeri Kedah pula ditukar daripada Qalha kepada Kedah. Syeikh Abdullah juga turut mencadangkan supaya Nobat dimainkan setiap tiba waktu Maghrib, Subuh, dan Isyak, serta hari Jumaat. Sejak itu, Nobat dimainkan pada waktu tersebut sehingga kini.Selain itu, Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka. Selain ituPuak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.
Terdapat banyak pendapat apabila memperkatakan mengenai asal usul dan titik mula kewujudan Nobat di negeri Kedah. Namun masih belum ditemui lagi asal usul yang tepat. Ahli-ahli sejarah masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam pertikaian asal-usul Nobat ini. Tidak kurang juga yang menerapkan unsur dongeng di dalam pendapat mereka. Di dalam kajian ini, terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai asal kewujudan Nobat.


Ada yang menceritakan salasilah raja-raja negeri Kedah, hasil tulisan pengarang terkenal Encik Hassan, ada menyentuh mengenai asal-usul Nobat ini. Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa kononnya Nobat dibawa oleh maharaja Derba Raja yang berasal dari India. Baginda dikatakan orang pertama yang memperkenalkan Nobat dan menjadikannya lambang kebesaran raja-raja.

Tuesday, 9 April 2013

Saya perlu sokongan Anda


Bismillahirahmanirrahim . . .
salam 1 malaysia untuk semua blogger dan reader yg menjengah masuk ke sangkar nur...
sudah sekian lama nur tidak menulis entri di dalam blog ini selama 4 bulan .
satu tempoh masa yang amat lama . dan banyak perkara yang nur tidak dapat tulis. 

Al maklumlah, kita insan yang serba kekurangan, kadang kala mood tu ade,kadang kala malas sangat . . hurm.. saya ingin meminta jasa baik blogger-blogger lain untuk support saya untuk meneruskan penulisan saya untuk menyampaikan ideologi saya . . 
i need your support guys . .  hurm   . .
walau apapun thanks sebab sudi jengah di blog ini.. tinggalkan link anda,nanti nur akan blogwalking . . salam perpaduan

Tuesday, 13 November 2012

Selamat Menyambut Maal hijrah 1434


Salam buat semua. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. semoga kita diberi petunjuk untuk memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan yang telah kita lakukan. Saya memohon maaf andai kata ada komen2 ataupun artikel yang menyentuh mana-mana pihak.. Seseungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan Kurangya itu datang dari saya.. sekian

Monday, 12 November 2012

scary maze lawak tiada tandingannya


salam semua . hari ini terdetik untuk saya kongsikan bersama anda semua satu klip video yang amat best buat tantapan kita. .  Scary maze merupakan game puzzle yang amat menguji kesabaran dan tahap kepekaan kita terhadap halangannya.. apa-apapun hayati video ini ^_^


Friday, 9 November 2012

lagu-lagu rakyat masyarakat melayu



salam malam ini saya bercadang untuk menulis sedikit artikel mengenai lagu-lagu rakyat masyarakat melayu
yang telah dicadangkan oleh rakan saya sendiri iaitu : SHAH REZZA . Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa betapa pentingnya untuk kita mengenali seni warisan bangsa kita sendiri yang memunyai nilai seni yang tinggi serta pengajaran yang amat berguna buat kita.
diharap perkongsian ini memberi manfaat yang berguna untuk kita semua.


Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.

DEFINISI

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

SENARAI LAGU_LAGU RAKYAT 


Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:
  1. Ala Canggung
  2. Ambil Madu Lebah
  3. Anak Ayam (lagu rakyat)
  4. Anak Itik Tok Wi
  5. Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
  6. Ayam den lapeh
  7. Bapaku Pulang dari Kota
  8. Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
  9. Can Mali Can
  10. Dadong
  11. Geylang Si Paku Geylang
  12. Hello Hello (lagu rakyat)
  13. Hijau (lagu rakyat)
  14. Inang rodat
  15. Jambatan Tamparuli
  16. Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
  17. Jong Jong Inai
  18. Kenek Kenek Odeng
  19. Ketipang Payung
  20. Kurik Kundi
  21. Lemak manis (lagu rakyat)
  22. Lenggang Kangkung
  23. Menghilir di Sungai Pahang
  24. Pak Ketipak Ketipung
  25. Pak Pung Pak Mustafe
  26. Puteri Santubong
  27. Rasa Sayang
  28. Tepuk Amai-Amai
  29. Trek Tek Tek
  30. Tualang Tiga
  31. Ulek mayang,