Thursday, 5 April 2012

Nasihat kepada pasangan bercinta


salam semua diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
penat nyer hari nie coz petang tadi menyambut ketibaan Sultanah JOHOR mencemar duli ke Felda Bukit batu..

ok kat sini kita sempoi-sempoi dulu ,aku nak bagi nasihat2 yang penting and hangat kepada pasangan yang sedang dilamun CINTA dan dibuai ASMARA...

harap korang dapat comment and beri pendapat mengenai 10 nasihat yang aku tulis kat bawah nie :)
enjoy and share it with ur partner


‎10 NASIHAT UNTUK ORG YANG BERCINTA

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
like n share..pown bole

jangan kau panggil aku IBU lagi !!!

bacalah artikel ini buat renungan kita bersama !!!!

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Seram : kemayan city yang berpuaka


Kalu pergi outing ngn kawan-kawan..mesti nmpak bangunan nie...bangunan kemayan nie terletak berhampiran dengan Giant dan Plaza Angsana..kawasan nie pon suram jer



 JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

jangan jadi seorang blogger yg CoPY & PASTE tau

blogger

selamat pagi kepada semua readers di luar sana.aPa khabar?
semoga semunya berada dalam keadaan sihat sejahtera.ok hari ni aku nak tulis pasal 1 entri mengenai perjalanan kita sebagai seorang blogger.

ini adelah sudut pandangan aku dari sisi seorang blogger..
setelah aku membaca akhbar dan melayari laman blog2 yang lain.semalam aku mula berfikir..
mcam mane si fatin Liyana boleh dapat anugerah yang gempak2 padahal umur die baru 22 tahun.
baru umur 22 tahun dah ade 40,000 followers giler ape...
bile aku tengok blog die..WOW!! memang simple and  biase2 jer..TETAPI

fatin liyana

korang nak tau x rahsia yang ade dalam blog FAtin LIYANA tu??
rahsia nyer adelah ENTRI-ENTRI yang diterbitkan.semua entri yang diterbitkan aelah asli dan layak dipanggil diary online tetapi yang mengandungi bahan2 ilmiah..antaranya kelebihan negara orang luar,suasana,lifestyle and mcm 2 lagi..

so,apebila aku mula nmpak itu semua,jelaslah kalu kita sebagai seorang blogger yang mengidamkan ribuan followers dan berjuta visit,kita perlu mencurahkan idea asli kita..idea yang lahir dari hati nurani,bila readers baca akan memberikan impak yang mendalam ...
nak copy and paste boleh tapi anda perlu mengubah artikel yang anda copy tadi kepada ayat anda..baca dulu dan fahamkan artikel tersebut,kemudian tulis isi yang baru dengan olahan yang segar serta tidak mengubah fakta yang sedia ade..

haha..panjangnyer tulis untuk entri kali nie.papepon kalu anda suka dengan artikel ini anda boleh comment dan sebagainya ok??
SETIAP INSAN MEMPUNYAI PANDANGAN YANG TERSENDIRI ...ANDA PULA BAGAIMANA???

kaherah : dulu bandar yang Aman______



Assalamualaikm semua...:) ni entry yg ke berapa aq pon x tau untuk hari ni.Kali ni aq nk cter serba sedikit perjalanan hidup aq sebagai seorang warga seni.gambar gambar di bawah ini adalah pada tahun 2010 sewaktu aq study kat sekolah seni.
"hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri"
itu peribahasa melayu tersebut amat bertepatan sekali dengan kehidupan saya sewaktu saya meneroka negara orang.
ok kat bawah nie aku lampirkan 3 or 4 gambar untuk korang semua tatp k..hahaha
tngk btol2...






haa..macam mane ok x? korang nak tau x?
untuk pengetahuan anda,negara Mesir kebanyakkan bangunan nya tidak di cat dan hanya membiarkan ia berwarna kelabu dan coklat.
Saya bertanya kepada Tour GUide "kenapa bangunan kat cini x di CAT?
lalu dia menjwab " kat sini banyak sanagn debu,so ,kalu cat membazair....
hahha..giler laa..tp memang pon..CAiro dipenuhi dengan debu..Nasib baiklah waktu aq dan kengkawan aku pergi keganasan belum terjadi....