Friday, 6 April 2012

tutorial penggunaan iframe apesal.com untuk tambahkan Hits


Assalamualaikum semua,hari nie aku nak buat satu turorial mengenai apesal.com
kepada newbie2 di luar sana.Apesal.com merupakan 1 tempat untuk kita mempromosikan artikel2 kita agar dibaca oleh readers dari seluruh pelusuk.
tutorial kali ini adelah mengenai iframe..
Didalam tutorial kali ini saya ingin menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan hits blog anda dan mengurangkan ratio dengan cara yang berkesan.



Jika anda login ke bahagian ahli (view post), anda akan dapati ada satu fungsi ditambah iaitu "share url". Ada boleh berkongsi url ini di FB anda dan juga twitter.


Pembaca akan dibawa ke artikel tersebut dan jika pembaca tersebut terus menggunakan iframe tersebut (walaupun telah dibawa ke blog lain) anda akan terus mendapat hits sebagai referral.

Diharapkan penggunaan iframe dapat digunakan secara maksimum oleh semua blogger. Terima kasih ye =)


selain apesal,com terdapat juga ohbelog.com dan gua.com untuk meningkatkan trafik blog
anda juga boleh pergi ke sini :tingkatkan trafik di ohbelog.com



aku pasti merinduimu.....


salam semua, ^^ dah sarapan@lunch@@dinner.....??ok laa..harap semua readers berada dalam keadaann sihat dan bahagia di samping orang yang tersayang...HAAAAA...
sebut pasal orang tersayang,hari ini aku nak bgtau kat korang semua yang MASE yang paling bermakna dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia adalah ZAMAN PERSEKOLAHAN


kenapa aku kate zaman sekolah merupakan mase paling best??
sebab dalam alam persekolahan itulah kita baru nak belajar berkawan dan sebagainya.
Antara perkara yang amat seronok yyang dilakukan sewaktu persekolahan adalah TACKLE AWEK..
hahaha..ini perkara yang selalu budak-budak sekolah buat...atau lebih dikenali sebagai CINTA MONYET..
pada waktu sebeginilah,sang arjuna akan mula pandai bermain kata-kata yang berbunga2 untuk menawan hati si Adinda..
mula-mula dah suka,lalu sebelah say HAI @ assalamualaikum
pastu bile dah minat,lalu sebelah senyum-senyum
dah macam kambiing tersengih jer...
paling penting,SI ARJUNA akan mula memberikan hadiah seperti coklat ker,bear ke...
sumpah kelakar bila teringat balik...(bercerita berdasarkan pengalaman)
paling yang x boleh tahan...BILA da kantoi ngan kawan2 heboh satu sekolah sampai cikgu2 wat spot check...siapa yang bercouple...
bile kene jer cam2,dalam mase yg terdekat semua wat bodoh jer..hahahaah


tapi tak semua cinta monyet tu PUTUS..ade yang cinta alam persekolahan berjaya ke JINJANG pelamin mcam cikgu aku...sumpah sweet giler..hahahHAHA
apepon....aku mula rindukan zaman persekolahan itu kembali..hurm...nak gelak2..
kalu nak tau lebih lanjut lagi..nantikan part 2..ok? 
sekian..




Thursday, 5 April 2012

SULTANAH johor berjiwa rakyat !!


HAI semua...haa..ari nie penat sangat2..nie baru jer balik dari rumah coz tadi lepak kat rumah kawan.
malam JUMAAT nie aku nak tulis satu entri khas yang aku nak buat..benda nie bukan selalu terjadi kadang2 jer
artikel pasal sultanah JOHOR....
baginda petang tadi 5 april 2012 telah mencemar duli ke Kulaijaya sempena majlis penyampaian bungkusan kepada rakyat JOHOR terutama bagi keluarga yang kurang mampu serta golongn OKU dan anak-anak yatim.

Biasanya kalu kita sambut Burfday seseorang kita bagi hadiah..BETUL x?
tapi kali nie orang yg sambut burfday bg kita hadiah...semoga Allah lanjutkan usia Tuanku untuk memerintah negeri Johor darul Takzim ini.

ape yang aku suka sangat dengan kerabat diraja JOHOR ni adelah dari segi PROTOKOL.
ini kerana setiap kali sultan turun melawat daerah jajahannya baginda tidak begitu menitik beratkan protokol..sesiapa sahaja boleh bersalam dengan baginda.Guard2 tuanku pon x seketat mane. :) tuanku boleh bermesra dengn rakyat jelata serta boleh bergurau senda... INILAh baru raja berjiwa rakyat...



Majlis petang tadi juga telah diserikan dengn persembahan KERONCONG..sumpah sedap giler.Ini kerana keroncong juga merupakan muzik kegemaran kerabat di raja johor.hahaha....selain itu juga,HAZIQ dan FARHAN AF juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis penyerahan bungkusan tersebut...







ape pun, SAYA AMAT BERBANGGA MENJADI RAKYAT JOHOR.....SIAPA KAT SINI RAKYAT JOHOR ??? thumbs up....
sekian...

Nasihat kepada pasangan bercinta


salam semua diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
penat nyer hari nie coz petang tadi menyambut ketibaan Sultanah JOHOR mencemar duli ke Felda Bukit batu..

ok kat sini kita sempoi-sempoi dulu ,aku nak bagi nasihat2 yang penting and hangat kepada pasangan yang sedang dilamun CINTA dan dibuai ASMARA...

harap korang dapat comment and beri pendapat mengenai 10 nasihat yang aku tulis kat bawah nie :)
enjoy and share it with ur partner


‎10 NASIHAT UNTUK ORG YANG BERCINTA

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
like n share..pown bole

jangan kau panggil aku IBU lagi !!!

bacalah artikel ini buat renungan kita bersama !!!!

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
blog ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....


Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!