salam malam ini saya bercadang untuk menulis sedikit artikel mengenai lagu-lagu rakyat masyarakat melayu
yang telah dicadangkan oleh rakan saya sendiri iaitu : SHAH REZZA . Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa betapa pentingnya untuk kita mengenali seni warisan bangsa kita sendiri yang memunyai nilai seni yang tinggi serta pengajaran yang amat berguna buat kita.
diharap perkongsian ini memberi manfaat yang berguna untuk kita semua.
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di Alam Melayu.
DEFINISI
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.
SENARAI LAGU_LAGU RAKYAT
Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:
- Ala Canggung
- Ambil Madu Lebah
- Anak Ayam (lagu rakyat)
- Anak Itik Tok Wi
- Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
- Ayam den lapeh
- Bapaku Pulang dari Kota
- Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
- Can Mali Can
- Dadong
- Geylang Si Paku Geylang
- Hello Hello (lagu rakyat)
- Hijau (lagu rakyat)
- Inang rodat
- Jambatan Tamparuli
- Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
- Jong Jong Inai
- Kenek Kenek Odeng
- Ketipang Payung
- Kurik Kundi
- Lemak manis (lagu rakyat)
- Lenggang Kangkung
- Menghilir di Sungai Pahang
- Pak Ketipak Ketipung
- Pak Pung Pak Mustafe
- Puteri Santubong
- Rasa Sayang
- Tepuk Amai-Amai
- Trek Tek Tek
- Tualang Tiga
- Ulek mayang,
No comments:
Post a Comment