Friday, 2 November 2012

alat muzik sompoton


sompoton

PENGENALAN SOMPOTON


Alat muzik Sompoton ini dimainkan oleh Suku kaum Dusun Kadazan yang berada di pedalaman.Alat muzik ini merupakan alat organ mouth yang dikategorikan sebagai alat muzik erofon.

SEJARAH ASAL-USUL

Alat muzik ini berasal dari Kampung Tikolod,daerah Tambunan di negeri Sabah.Alat muzik ini dipercayai berasal dari asia tenggara.Alat muzik ini juga merupakan alat muzik terawal yang menghasilkan harmoni iaitu muzik polifonik.Sompotan ini hampir-hampir menyerupai engkerurai di negeri Sarawak.

BENTUK

Ia terdiri daripada 8 batang buluh yang diikat dengan rapi seperti bentuk rakit dan diselit masuk ke dalam labu(koburu).Batang buluh itu dikukuhkan dengan menggunakan lilin lebah.Sompoton ini disusun dalam dua barisan yang dimana satu baris mengandungi empat batang.Sompoton juga mempunyai rid pada semua batang buluh dan terdapat tiga lubang jari pada alat muzik ini.


CARA PERMAINAN

Untuk membunyikan sompoton ini,lubang jari harus ditutup untuk menghentikan bunyi,tutup lubang atas keempat-empat buluh pendek.Salah satu batang buluh yang panjang tidak menghasilkan bunyi dengan memastikan ikatan buluh tersebut tidak bergerak.Terdapat tiga cara asas memegang.
1.berdiri-dipegang tegak/menyendeng kea rah kanan pemuzik
2.baring-bahagian panjang disandar pada bahu kiri
3.duduk-buluh panjang diatas peha.

CIRI-CIRI MUZIK

-Dimainkan untuk mengiringi tarian magarang
-Melodi berasaskan skel pentatonic
-Jeda harmonic jeda8 dan ke4

FUNGSI

Dimainkan semasa perhimpunan
Menghasilkan muzik solo untuk hiburan dan untuk mengiringi sinding(vocal).

No comments: