Saturday, 13 April 2013

Alat Muzik ginggong ( harp jaws)



PENGENALAN GINGGONG

Alat muzik ginggong ini diklasifikasikan sebagai alat muzik idiofon yang berdema sendiri apabila dipetik.Ginggong dikenali sebagai’Linguaphone’ atau harp jaws kerana satu atau lebih lidah dipasang pasa rangka atau badan alat.Ianya bersifat idiogottal kerana lidah dibuat daripada badan alat sendiri.Alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki orang asli iaitu Jah Hut di negeri Pahang.Bunyi ginggong ini meniru bunyi alam semula jadi seperti bunyi kumbang dan cengkerik.Ukurannya sepanjang 7 sehingga 10 cm tinggi.


CARA DIMAINKAN

Ginggong ini dipegang secara mendatar dan diletak diantara bibir.Apabila tali di penghujung badan dipetik dengan irama tertentu dan lidah bergetar lalu menghasillkan
bunyi.Mulut pemain berfungsi sebagai resonator yang menghasilkan satu ton asas dan beberapa tone yang lain.


CIRI MUZIK

Motif melodi yang dimainkan secara berulang-ulang dengan pelbagai variasi bunyi-bunyian binatang dan unggas.

No comments: