Assalamualaikum & hai, korang semua tengah buat ape?.. nie Nur tetibe terajin nak update blog pagi-pagi buta nie pasal SEO . .
Link building merupakan proses penting dalam aktiviti
pemasaran SEO.
Ini kerana link building antara faktor yang mempengaruhi
ranking blog atau website anda di enjin-enjin
carian terutamanya di Google.
Semakin banyak link daripada laman web yang mempunyai
authoriti, semakin tinggi kepercayaan Google pada laman
web anda kerana ia menunjukkan bahawa laman web atau
blog anda mempunyai kredibiliti..
Emel hari ini, kami ingin kongsikan mengenai 3 teknik link
building mudah & berkesan untuk pemasaran SEO laman web
#1 - Menulis Artikel Yang Berkualiti
Content marketing merupakan kaedah paling memberikan
impak untuk mandapatkan kredibiliti.
Jika artikel anda berguna, pembaca pasti akan berkongsi
artikel ini pada laman sosial media mereka. Paling kurang,
akan klik button 'share' di Facebook!
#2 - Kongsi Artikel Di Media Sosial
Publisiti penting agar artikel menarik anda dibaca
oleh semua pengguna. Pada hari ini dengan hanya
1 klik sahaja anda boleh berkongsi artikel
anda di Facebook & media sosial lain.
#3 - Letakkan Internal Link
Meletakkan internal link ke mana-mana artikel atau
page website/blog anda juga memberi impak yang
tinggi.
Secara tidak langsung, ia akan menampakkan struktur
artikel di laman web/blog sangat kukuh kerana saling
berkaitan diantara satu sama lain.
Cuba dahulu 3 tip ini, dan anda boleh lihat perubahan
ranking laman web anda di Google. Pasti! ;)